Kelompok Sakta melihat Dewi sebagai Sang Hyang Tunggal. Baginda secara selarinya dianggap sebagai punca bagi segala makhluk, di samping sebagai pemerupaan bagi tenaga yang menggerakkan alam semesta dan pentadbirannya. Bhattacharya (1996) dalam History of the Shakta Religion menyebut bahawa, "tidak pernah ditemui pun dalam sejarah kewujudan agama dunia yang mempunyai sistem keagamaan yang berteraskan kepada wanita seperti Śakti Dharma".
Tumpuan Śakti Dharma kepada kekuasaan ghaib dalam rupa wanita bukanlah bererti bahawa kelompok pengikut aliran ini menolak ciri-ciri lelaki ataupun ciri-ciri tanpa jantina. Kedua-dua ciri jantina lelaki dan tidak berjantina dipandang sebagai tidak bergiat cergas dalam kehadiran Śakti. Adi Śankaracharya menerusi karya kekawin Sakta beliau, Soundarya Lahari menulis, "Jika Betara Śiva bersatu dengan Śakti, tercetuslah makhluk. Tanpa kesatuan ini, tidak mampulah baginda mencetuskan mahupun menggencar alam raya". Inilah dasar terutama dalam Śakti Dharma. Ia terpapar pada rupa dewi Kāli yang memijak tubuh Betara Śiva yang tiada bernyawa.
Secara umumnya, Sakti dianggap sebagai viśwa (kosmos) sendiri - pemerupaan tenaga dan pengaliran jagat raya, serta tenaga pendorong di sebalik segala tindakan dan kewujudan dalam alam duniawi yang bersifat kebendaan. Śiva merupakan aspek kelelakian yang melitupi Śakti, menjadi dasar suci bagi segala makhluk. "Tanpa Śakti tiada juga Śiva, tanpa Śiva tiada juga Śakti. Kedua-duanya itu.... Tunggal belaka".
Seperti yang diungkapkan oleh sejarawan V. R. Ramachandra Dikshitar yang merujuk Śiva sebagai Brahman, "Śakti Dharma adalah dinamika bagi tradisi Hinduisme. Kecemerlangan dharma ini terkandung dalam pengesahan bahawa Śakti itu adalah Kesedaran dan juga penjatian Śakti dengan Brahman. Pendek katanya, Brahman adalah Śakti yang tidak berubah, dan Śakti pula merupakan aliran dari Brahman Mahā Agung". Dalam kesenian agama, pergerakan viswa ini sering diungkapkan dalam rupa dewa separa Śakti dan separa Śiva, dikenali umum sebagai Ardhanarisvara.

Śakti Dharma melihat Dewi sebagai sumber, intipati dan isi kandungan segala mata benda yang kelihatan di mata kasar, makhluk yang kelihatan atau ghaib, termasuklah Śiva sendiri. Dalam Devi-Bhagavata Purana (7.33.13-15), Dewi mengisytiharkan bahawa:
"Beta ini adalah Jelmaan Tuhan, Tuhan yang tidak terjelma dan Tuhan yang Maha Meliputi. Beta adalah Brahma, Viṣṇu, dan Śiva, demikian beta juga adalah Saraswati, Lakṣmi, dan Parvati. Beta adalah Surya dan Bintang-Bintang, dan beta adalah Chandra. Beta adalah mergasatwa, dan beta jugalah chandala serta penyamun. Beta ini adalah orang kecil dan karma buruk, dan beta jugalah orang-orang hebat yang cemerlang karma mereka. Betalah perempuan dan beta jugalah lelaki dalam rupa Śiva".
Sarjana agama, C. MacKenzie Brown menjelaskan bahawa Śakti Dharma, "jelas sekali menekankan mengenai dua jantina, dengan sisi kewanitaan mewakili kuasa terutama dalam jagat raya. Kedua-dua jantina ini mesti bersama di pengakhiran sekiranya ia merupakan yang terutama. Sisi kelelakian dan sisi kewanitaan dipandang suci, hakikat menyeluruh, yang melampaui segala sesuatu namun masih bersifat menampung. Dewi, dalam rupa tertingginya, adalah kesedaran yang tidak terikat dengan jantina, namun ketercakupannya itu tidak terpisah dari sisinya".