Yang terkenal di situ adalah di Pura Gua Batu Malai di Gombak, negeri Selangor. Lebih kurang sejuta penganut berbakti di situ dengan beribu-ribu pelancong menyaksikan upacara yang dijalankan. Perarakan membawa murthi deva Skandha bermula di Pura Śrī Mahā Mariamman di Kuala Lumpur.
Pedati murthi bergerak sejauh 15 km ke Batu Malai selama lapan jam dan seterusnya murthi dibawa menaiki 272 anak tangga untuk disemayamkan. Penganut menanggung kendi-kendi berisi susu untuk persembahan kepada deva sama ada dengan tangan atau menanggungnya dengan kavadi. Sesetengah kavadi boleh mencapai berat 100 kg dan berketinggian dua meter.
Penganut bersuci dengan bertirtha di Sungei Batu sebelum menuju ke pura di seberang jalan dan menaiki tangga untuk ke pura-pura di gua. Pedanda-pedanda akan memerhatikan pembawa-pembawa kavadi, menyucikan cangkuk-cangkuk besi dan cerucuk dengan vibhuti sebelum mencucuknya ke tubuh penganut. Darah tidak mengalir semasa upacara mencucuk dan menanggalkan besi dijalankan.
Penang
Di Penang, perarakan dharmayatra berlangsung dari Pura Arulmigu Sri Bala Dhanda Yudhabhani di atas bukit sekeliling Lebuh Waterfall di Georgetown. Perarakan pedati bermula pada jam 06:00 pada waktu sebelum Thaippūcam, iaitu waktu Chettipūcam.
Pedati perak dengan para penanggung kavadi chettiar dalam kalangan kaum lelaki akan membawa bebanan dihiasi dengan bulu pelepah merak. Ia bermula dari koil-vīdu atau pura rumah di Pura Lorong Kulit di Jalan Penang, Georgetown pada awal pagi sampai lewat malam. Perjalanan selama 15 jam dan penganut akan menaiki anak tangga sebanyak 513 untuk sampai ke atas bukit.
Laluan pedati murthi deva Skandha di Penang adalah:
- Lebuh Chulia Street
- Lebuh Victoria Street
- Ghaut Lebuh Prangin
- Lebuh C. Y. Choy
- Lebuh Magazine (KOMTAR)
- Lebuh Datuk Keramat Road
- Lebuh Irving
- Jalan Utama
- Lebuh Waterfall
Perayaan ini berlangsung selama tiga hari. Ia dimulakan dengan upacara memecahkan kelapa sebagai lambang memecahkan ego diri demi mencapai ketinggian rohani.
Samacara Gita Bhakti
Penyanyi: T. M. Sundara Rajan
Judul Lagu: Kandhan Thiruniranindal
Visual: Pura Murugan Maiyilam, 15 km dari Tindivanam, Bukit Kundrakundi, Karaikudi.
Pemuat Naik: Muni Swami G, Youtube
Samacara Gita Bhakti
Penyanyi: T. M. Sundara Rajan
Judul Lagu: Kandhan Thiruniranindal
Visual: Pura Murugan Maiyilam, 15 km dari Tindivanam, Bukit Kundrakundi, Karaikudi.
Pemuat Naik: Muni Swami G, Youtube