Yama

Yama merupakan pengendalian diri tahap pertama. Ia terdiri kepada lima perintah luaran iaitu:
  • Ahimsa, tiada pembunuhan, tiada kekerasan, tiada melukai makhluk hidup sekelian dari segi fikiran, perkataan dan perbuatan.
  • Satya, kebenaran dari segi fikiran, perkataan dan perbuatan.
  • Asteya, pantang memiliki sesuatu yang bukan milik sendiri, apalagi mencuri.
  • Brahmacarya, mengendalikan nafsu serakah atau lebih bagus lagi tidak menikmati, memikirkannya dan membicarakannya.
  • Aparigraha, tidak menerima pemberian duniawi dari orang lain.
Yama-yama ini, kemudiannya boleh diikuti oleh niyama-niyama. Ia mewakili serentetan rupakara tatasusila mengikut tradisi orang Hindu dari tradisi falsafah Yogacara. Semua lima suruhan ini mesti dijalankan selepas mengangkat vratam. Semua hal ini, akan memberi kesan kepada perhubungan seseorang yogi itu dengan orang lain. Nanti, lagi lima perintah lanjutan boleh diperbuat untuk kewajiban persendirian.

(Yogasūtra; Patañjali; 2.30)

Rujukan Penting

Āgāśe, K. S. (1904). Pātañjalayogasūtrāṇi. Puṇe: Ānandāśrama. p. 102.

Arti Dhand (2002), The dharma of ethics, the ethics of dharma: Quizzing the ideals of Hinduism, Journal of Religious Ethics, 30(3), pages 347-372.

James Lochtefeld, "Yama (2)", The Illustrated Encyclopedia of Hinduism, Vol. 2: N–Z, Rosen Publishing.