Tatkala dibuka laman ini memang sudah pagi pun. Aku sedang mengumpulkan kembali bahan-bahan untuk bahasa purwakala ini. Bahasa ni pernah jadi bahasa kesarjanaan dan juga bahasa keagamaan di rantau Asia Tenggara serta Hindu Raya umumnya. Contohnya, di kawasan dalam negara-negara purwa dalam negara moden seperti negara Persekutuan Malaysia, Kesatuan Myanmar, Pradet Kemboja, Pradet Thailand, Kesultanan Brunei dan Republik Indonesia.
Sebabnya dahulu-dahulu, kawasan Asia Tenggara ni menerima pengaruh dari benua kecil India. Jadi bahasa Sanskrit pun masuk juga dan semasa samaya empayar Srivijaya sekitar kurun ke-7 M, bahasa Sanskrit telah dijadikan bahasa pengajaran untuk agama Buddha aliran Mahayana dan aliran Tantrayana di Asia Tenggara.
Jadi hari ni kita mula pelajaran kita dengan ucapan selamat pagi dalam bahasa Sanskrit lah. Ucapan selamat pagi bahasa Sanskritnya, suprabhataṃ. Bunyi konsonan m pada hujung itu bagi disengaukan sedikit seperti bunyi orang Kelantan menyebut bunyi "ṃ". Contoh perkataan bahasa Melayu yang ada bunyi konsonan "m" sengau pada hujung itu seperti kata keterangan rupa "suam." Orang Kelantan menyebutnya sebagai "suaṃ" atau suãː jika mereka cuba berbahasa Melayu piawai. Bunyinya akan jadi bunyi bahasa Terengganu pula.
Di saluran Vānavil stesen televisyen Astro pun ada juga dibacakan ucapan Suprabhatam dalam upacara sembahyang pagi penganut agama orang Hindu dari bahagian Waisnawa ditujukan istimewa kepada baginda, Sri Wenkateswaran. Tapi dalam ucapan suprabhatam di masukan yang ini, tiada unsur agama terlibat dari segi pengertian atau tujuan. Memang diperguna kata Suprabhatam bagi mengucapkan selamat pagi buat baginda, Sri Wenkata tapi yang ini memang ertinya selamat pagi.
Kemudian jika ingin berkenalan dengan orang lalu bertanya nama. Boleh cuba tanya, tawa nāmĕ kim? Ertinya, siapa nama kamu? Contoh jawapan anda, mamĕ nāmĕ Prawin asti. Ertinya, nama saya Prawin.
Cuba disenaraikan...
Supra bhataṃ Selamat Pagi
Tawa nāmĕ kiṃ? Siapa nama kamu?
Māmĕ nāmĕ Prawin asti. Nama saya itu Prawin.
Tawa Kamu punya
Nāmĕ Nama
Kiṃ Apa
Māmĕ Saya punya
Asti Adalah
Tidak susah bukan? Senang sahaja... Belajar perlahan-lahan, sedikit-sedikit itu lama-lama menjadi bukit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan