Isnin, 27 Ogos 2012

Pengenalan Bahasa Tamil: Pelajaran Pertama

Pic by: Industrial Tour (Ratish Sharma)

Pengenalan

Bahasa Tamil merupakan bahasa rumpun Dravidia dituturkan di wilayah Tamil Nadu dalam India Selatan dan di Sri Langka. Di Singapura, bahasa Tamil merupakan salah satu bahasa kebangsaan di situ di samping bahasa Melayu dan bahasa Cina. Di Malaysia, bahasa Tamil diiktiraf sebagai bahasa wahana pendidikan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan boleh digunakan di papan tanda kedai-kedai dengan syarat disertai dengan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan di negara Malaysia.

Tujuan kita bercakap mengenai bahasa Tamil dalam laman ini adalah disebabkan kepentingan bahasa Tamil untuk mempelajari dan memahami falsafah dharmma terutamanya bagi aliran Sakti dan Siva Siddhanta. Bahasa Tamil Pertengahan sebenarnya sangat berkait rapat dengan bahasa Sanskrit sebelum perkataan-perkataan bahasa Sanskrit yang dipinjam dalam bahasa Tamil digantikan dengan perkataan-perkataan baru yang dicipta disebabkan oleh pergerakan kebangsaan warga wilayah Tamil Nadu menuntut supaya bahasa Tamil dimurnikan dari sebarang unsur kaum Brahmana. Bahasa Tamil dituturkan oleh semua golongan di negara India di wilayah selatan dalam konteks ini iaitu Chaturvarna. Pengetahuan keagamaan disampaikan dalam bahasa Tamil agar mudah difahami masyarakat, hanya montra-montra veda sahaja dibacakan dalam bahasa Sanskrit disertai dengan bahasa Tamil.  

Bahasa lain dalam jenis bahasa Dravidia yang dituturkan di negara India adalah bahasa Telugu di wilayah Andhra Pradesh, bahasa Malayalam di wilayah Kerala dan bahasa Kannada di wilayah Karnataka. Bahasa Telugu dan bahasa Malayalam ada juga dituturkan oleh penduduk warganegara Malaysia yang berketurunan India. Kedua-dua bahasa Telugu dan bahasa Malayalam juga berguna dalam pembelajaran bahasa Sanskrit dan pembelajaran falsafah Hindu dharmma. Ada juga orang India yang beragama Islam dan Kristian yang boleh berbahasa Tamil kerana mereka memang berketurunan India atau berasal dari nenek moyang beragama Hindu.

Perkataan Ringkas-Ringkas

Marilah kita mencatit perkataan ringkas-ringkas di sini supaya kita dapat menghafal nya dan menggunakannya apabila berhubung dengan penutur bahasa Tamil. Bahasa Tamil boleh ditulis dengan tulisan Brahmi yang lain juga, termasuk tulisan bahasa Jawa dan bahasa Bali di negara Indonesia. 

Nī Kamu
Pū Bunga
Pai Beg       
Kai Tangan
Yī Lalat
Mai Dakwat
Thī Api
Thai Jahitan
Thalai Kepala
Vīdu Rumah

Mannan Tanah
Kadai Kedai
Thunni Baju
Paenna Pen
Pāl Susu
Vāl Ekor
Nādu Negara
Thaethi Haribulan
Vaelai Kerja
Pani Kabus
Pūnai Kucing
Kudai Payung
Malai Hujan

Nūl Benang
Wūchi Jarum
Udai Pakaian
Kūdai Bakul
Nān Aku
Mālai Kalungan bunga
Mejai Meja
Kādu Hutan

Mūdan Bodoh
Thadi Kayu
Manni Loceng
Thūche Debu
Malai Gunung
Megam Awan
Velai Harga
Chālai Jalan
Pālaivanam Gurun

Sebanyak ini dahulu lah kata nama yang kita paparkan di sini. Sila lah ambil pen anda dan buku catatan catatnya. Ada banyak filem berbahasa Tamil yang disertai dengan sarikata dalam bahasa Inggeris dalam laman sesawang Youtube. Boleh dicari wayang gambar yang menarik untuk ditonton. Ada filem berbentuk keagamaan juga mengenai Kali Ambha dan juga mengenai dewata lain.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Om svasti astu,

      Terima kasih atas pandangannya. Jangan lupa mampir ke bahagian bahasa Tamil yang akan kita bangunkan untuk kegunaan sahabat-sahabat dari Indonesia-Nusantara. Pranalanya akan dimasukkan ke sini kemudian agar sahabat-sahabat dapat belajar perkara asas dan kesusasteraan Tamil serta ajaran Hindu.

      Padam