Selasa, 9 April 2013

Pancha Makara dalam Tantrayana


Pancha Makara ini merupakan sabdawali Tantrayana yang merujuk kepada lima unsur yang digunakan oleh pengamal Tantra atau orang Tantri semasa menjalankan pemujaan atau sadhana....

1. Madiya atau perahan anggur

2. Mangsa atau daging

3. Maccha atau ikan

4. Mudra atau bertih

5. Maithuna atau hubungan jenis

Unsur memecah pantang ini hanya diamalkan oleh wamacarin atau pengamal sayap kiri. Daksinacarin mengamalkan kelima-lima perkara ini dalam bentuk perlambangan sahaja. Jadi, harus tuan dan puan fahami bahawa perkara ini tertakluk kepada penafsiran yang dipelajari tuan dan puan sendiri (Rawson, 1978).

Penafsirannya

Dalam pengenalan terjemahan Mahanirwana Tantra oleh Tuan John Woodroffe, yang menggunakan nama lain, Arthur Avalin, diterangkan mengenai pancha makara...

Dijelaskanlah bahawa terdapat tiga jenis manusia... Pasu, Wira dan Diwiya. Perjalanan guna yang menghasilkan ketiga-tiga jenis manusia ini memberi kesan kepada lapangan tubuh legap, kecenderungan kebinatangan; menjelmakan tiga kerjaan tubuh legap iaitu makan, dan minum; manakala annamayakosa dipelihara; serta hubungan jenis, yang melaluinya ia tercetus semula. Kerjaan ini semuanya tertakluk kepada Pancha Tattwa atau Pancha Makara, yang dipanggil sebagai madiya, mangsa, maccha, mudra dan maithuna.

Dalam bahasa biasa, mudra itu artinya bentuk-bentuk perlambangan tubuh semasa upacara atau pemujaan dan hatha yoga namun sebagai salah satu daripada lima unsur adalah ia ditakrifkan sebagai, "Bhrista dahnya dikang yadyad chawiya niyam prachaksate, sa mudra kathita dewi sawwes'hang naganam dini". Kelompok pengamal tantra bercakap mengenai lima unsur ini dalam rangka pemahaman pancha tattwa, kula drawiya, kula tattwa dan sesetengah unsur mempunyai nama guptanya sendiri, seperti karanawari atau tirthawari bagi perahan anggur.

Unsur kelima pula dikenali juga sebagai lata sadhana atau sadhana dengan sakti. Lima-lima unsur ini ada juga arti lain menurut bentuknya seperti sadhana tamasika (paswachara), rajasika (wirachara), atau diwiya atau sattwika.
Prabhat Ranjan, "Sri Sri Anandamurti" Sarkar

Menurut guru Prabhat Ranjan Sarkar, pancha makara ini ada dua pengertian..... Artinya tak semestinya kita mengamalkannya dengan pengertian yang sebiji-sebiji sebegitu sematap-mata untuk mendapatkan kesaktian yang "mahu" ditonjolkan atau untuk kepentingan diri lain. Yang ini pada pendapat aku sendiri, adalah salah! Karena tujuan asal semua orang yang sepatutnya adalah untuk mencapai nirwana dan moksa

1. Madiya

Minuman keras atau boleh juga amrita.

2. Mangsa

Daging atau pun penjagaan perkataan.

3. Maccha

Ikan melambangkan ida dan pingala nadi yang dikawal menerusi pranayama.

4. Mudra

Perlambangan atau pun satsang rakan kerohanian serta mengelakkan rakan yang tidak baik.

5. Maithuna

Kesatuan, hubungan jenis... Umpama kepada kesatuan dengan minda jagat dikenali sebagai semadi.

Daksinacara

Pancha makara mempunyai arti-arti gupta dalam tantrayana daksinacara.

Madya artinya amrita kahiyangan yang menetes dari kalenjar dalam otak ke hujung lidah apabila ia menyentuh dalaman dalam mudra khechari.

Mangsa artinya, menelan lidah atau makan daging yang itu. Ia melambangkan mudra khechari yang mana lidah ditelan ke dalam seperti menelan daging.

Maccha bererti sakriyakarana Ida dan Nadi Pingala di tulang belakang. Ada lapan susunan bentuk seperti ikan kembar di situ.

Mudra merupakan lambang tangan dan tubuh yang berlaku apabila Kundalini disakriyakaranakan dan melalui saluran tengah.

Maithuna merupakan kesatuan Kundalini atau tenaga kewanitaan dalam tubuh kelelakian yang dilambangkan oleh Betara Siwa dalam pusat otak dan juga ananda bersangatan yang tercetus semasa prakriya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan