Sering aku mendengar orang yang tak berjati diri atau celaru jati diri mereka itu kerana agama mereka sudah tidak sama seperti nenek moyang mereka, tapi mereka cuba menuntut pula sabdawali (istilah) yang sudah hilang dari genggaman mereka berkurun-kurun lamanya. Untuk kembali ke agama Hindu atau agama Buddha mungkin mereka tidak mampu lakukan atau malu-malu kucing. Lantas mereka mencemarkan kebudayaan dan ajaran Hindu dengan unsur-unsur orang Arab.
Sama halnya yang terjadi kepada Prabhu Bhrawijaya V yang dikeji oleh Purohitam Kedatuan Majapahit, Empu Sabda Palon kerana menganut agama orang Arab yang tidak termasuk dalam ketamadunan Hindu yang Ariya. Pandangan aku, memang padanlah dengan muka Prabhu Bhrawijaya V kerana baginda tidak menilik dahulu benda yang ingin dipegang sebagai kepercayaan baginda serta membuta tuli sahaja mengiyakan orang Arab tersebut. Ajaran Hindu-Buddha sendiri pun tak belajar sedalam-dalamnya dan banyak lagi tidak diketahui selok beloknya, sudah hendak menyibukkan diri dengan benda yang lagi kita tidak pasti seperti menganut agama orang Arab atau agama orang Barat.
Bagi sabdawali Nusantara ini, terbitan katanya sudah tentulah dari bahasa Jawa Purwa, iaitu Nusa yang membawa erti Pulau manakala Antara membawa erti Pertengahan. Pada pandangan aku, sabdawali ini lebih tepat lagi merujuk kepada negara purwa yang menyembah ke Majapahit sama ada dari segi kebudayaan atau pertalian sejarah kerana mereka membayar sraddhanjali (ufti) kepada maharaja Hindu di Pulau Jawa. Bagi orang-orang yang tidak sedar diri, mereka mengaitkan benda ini dengan hal dari Tanah Arab yang kadang-kadang dipaksakan supaya menjadi satu lagi bentuk agama baru bagi mereka dengan menempatankan agama Arab itu.
Dalam Sumpah Pelapa, tersebutlah kenyataan Pateh Gajah Mada dalam bahasa Jawa, "Sira Gajah Mada prapatih Amangkubhumi tan ayun amukita pelapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah Nusantara ingsun amukti pelapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tanjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, Hujung Medini, semana ingsun amukti pelapa".
Pustaka Negarakertagama catitan Empu Prapancha sekitar kurun ke-13 M (Saka Warsatita 1287) menyatakan bahawa mandala "Nusantara" itu meliputi bahagian besar negara Indonesia kini yang di dalamnya terdapat Sumatera, Bali, Kalimantan, Nusa Tenggara, bahagian-bahagian Sulawesi serta kepulauan berdekatan, bahagian kepulauan Maluku serta Papua Barat. Terdapat juga bahagian negara kota di kawasan Semenanjung negara Malaysia seperti Pahang dan selatan Semenanjung di Malaysia kini, Singapura, Brunei dan sebahagian kecil kepulauan selatan Filipina yang menyembah ke Prabhu Majapahit. Dari segi sejarahnya, negara-negara kota di Semenanjung Malaya, Sumatera sampai ke Kemboja pun ditundukkan oleh wangsa Chola nagaram yang juga beraliran Saiwa dari India Selatan sejak dari kurun ke-10 dan kurun ke-12 M. Di utara di Segenting Kra pula kawasan penempatan suku Melayu berlaku penyerapan antara kerajaan Melayu Buddha, Sri Dharmmasuka serta negeri-negeri Melayu yang menganuti ajaran Buddha dengan kerajaan Sukhothai yang dibangunkan oleh suku kaum Tai-Kadai di mandala utara Thailand hari ini sedangkan di sebelah selatan ke hulunya dan pesisirannya pula penduduk serta datu tempatan bersalin agama ke agama orang Arab maka mulalah berpecah suku kaum Melayu di utara dengan yang menganut agama Arab itu berlagak seolahnya mereka begitu suci murni dan sesama kaumnya yang menganuti ajaran Buddha dan Tantrayana bertangkal di leher dipandang hina.
Sabdawali Nusantara ini menurut kepada terbitan bahasa Jawanya sendiri merujuk kepada huraian lingkungan mandala atau pengaruh di mana prabhu-prabhu Majapahit disembah oleh orang-orang yang ditundukkan untuk kebaktian kepada dewaraja:
1. Negara Agung
Sabdawali ini menerangkan kawasan sekitar ibu kota yang langsung tunduk bakti kepada Sang Prabhu Majapahit.
2. Mancanegara
Sabdawali ini menjelaskan bahawa kawasan-kawasan yang budayanya sama dengan kebudayaan Majapahit, namun berada di luar lingkungan pancaran mandala Sang Prabhu. Yang ini merujuk kepada lingkungan kepulauan seperti pulau Bali dan pulau Madura. Mungkin juga Lampung dan Palembang.
3. Nusantara
Nusantara ini bukan kawasan yang berbudaya Hindu Jawa namun masih dituntut sebagai tanah yang tunduk bakti menyembah ke Sang Prabhu Majapahit. Raja-raja di kawasan itu mesti membayar Sraddhanjali kepada Sang Prabhu, jika tidak mereka akan diserang dan dilanda bagi menerima pengajaran kerana tidak bakti!
Untuk samacara (maklumat) lanjut, bukan semua negara kota berbahasa Melayu tunduk lalu masuk ke mandala Majapahit. Negara Dharmmaraja Sri Dharmasuka atau Ligor sebenarnya sangatlah degil kerana mereka itu suku kaum Melayu juga tetapi menganuti ajaran Buddha Therawada serta sedikit dipengaruhi oleh Tantrayana hasil ajaran Brahmana tempatan samaya lampau. Mereka memilih berbahasa Siam berbanding bahasa Melayu iaitu bahasa mereka sendiri disebabkan oleh kerjasama persahabatan mereka dengan negara jiran mereka, Sukhothai serta persamaan agama iaitu Buddha Therawada.
Untuk samacara (maklumat) lanjut, bukan semua negara kota berbahasa Melayu tunduk lalu masuk ke mandala Majapahit. Negara Dharmmaraja Sri Dharmasuka atau Ligor sebenarnya sangatlah degil kerana mereka itu suku kaum Melayu juga tetapi menganuti ajaran Buddha Therawada serta sedikit dipengaruhi oleh Tantrayana hasil ajaran Brahmana tempatan samaya lampau. Mereka memilih berbahasa Siam berbanding bahasa Melayu iaitu bahasa mereka sendiri disebabkan oleh kerjasama persahabatan mereka dengan negara jiran mereka, Sukhothai serta persamaan agama iaitu Buddha Therawada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan