Aku sering mendengar beberapa orang Melayu beragama Islam yang prejudis apabila datang kepada perkara berkaitan dengan bahasa Tamil kerana mereka beranggapan bahawa kata Arya itu merujuk orang kaukasia seperti orang Eropah, hahahaaha. Begitu dangkal sekali kerana sesiapa yang mengamalkan dharma sebaik mungkin seperti juga Hanuman dari kaum Wanara (Kera Sakai) pun boleh menjadi Arya tanpa perlu menjadi orang kulit putih. Arya membawa erti "Mulia" dalam bahasa Sanskerta mahupun Prakerta yang dituturkan di rantau India Utara. Bukannya merujuk kepada Nazi Hitler yang bermisai sejemput itu kerana sabdawali ini sudah diperguna oleh orang lembangan Sindhu berjuta-juta tahun lamanya entah orang Jerman pun masih duduk dalam gua bercawat sahaja memakan makanan mentah.
Bahasa Sanskerta itu cuma bahasa Prakerta (Tempatan) yang digilap sampai jadi bahasa Sanskerta (Istiadat Resmi) seperti juga bahasa Inggeris piawai yang digilap dari entah berapa banyak jenis bahasa di England itu. Memang kebanyakan kata serapan dalam bahasa Melayu Purwa datang dari bahasa Sanskerta. Sama halnya juga dengan bahasa Tamil yang turut mempengaruhi bahasa Sanskerta dan juga dipengaruhi bahasa Sanskerta. Untuk itu aku akan menyenaraikan perbendaharaan kata bahasa Tamil yang diserap ke bahasa Melayu yang mana Brahmana dari Selatan India termasuk dari wilayah Tamil memberi sumbangan juga. Wangsa Pallawa itu sendiri merupakan wangsa India Selatan.

Accu - Acuan
Akka - Kakak
Ayya - Ayah
Amma - Emak, Amah, Amak
Wembu - Semambu
Ceruppu - Cerupu
Chengkam - Terbitan dari kata bahasa Sanskerta untuk Singa tetapi dalam konteks ini bererti cengkam
Chulan - Cholan (wangsa adhiraja Tamil) juga nama seorang kerabat diraja Perak pada 1833
Kadai - Kedai (Nakaikkadai - Pajak Gadai)
Kaldei - Keldai
Kollam - Kolam
Kapal - Kappal
Kattel - Katil
Kohyil - Kuil atau Pura
Malligai - Mahligai
Mamma - Mamak
Mami - Ibu saudara
Mampalam - Mempelam, Mangga (Mangga dari bahasa Sanskertam, bahasa Melayu Uluan disebut Pauh)
Michai - Misai
Paricai - Perisai
Ini tidak termasuk perbendaharaan bahasa Tamil yang terserap dalam bahasa Siam atau yang terserap dalam bahasa Melayu di Pulau Pinang dengan langgam bunyi bahasa Melayu Tamil dituturkan oleh orang keturunan Tamil yang tak sedar diri dan tak setia dengan ajaran Hindu. Bahasa Tamil juga pernah mempunyai kata serapan bahasa Sanskerta sebelum Gerakan Kejatidirian Tamil secara tergesa-gesa membuang kata serapan bahasa Sanskerta dan Prakerta hanya kerana beberapa orang Brahmana yang sombong. Bahasa Melayalam masih lagi mengekalkan bentuk bahasa Tamil yang berpengaruh bahasa Sanskerta dan bekas perdana menteri negara yang kemelayuan itu berketurunan sebelah bapanya dari Kerala (Melayalam).
Bagi menuntut budaya purwa di Tanah Melayu atau Sumatera, orang yang mengakui dirinya sebagai Melayu secara sejarahnya serta mewarisi kebudayaan Seriwijaya itu kena lah menerima bahwa nenek moyangnya beragama Hindu-Buddha dan bukan berasal dari Tanah Arab. Jika tidak, boleh lah menjadi seperti Pakistan, Afghanistan atau Bangladesh yang tak sedar diri walaupun nenek moyang mereka beragama Hindu dan merupakan bahagian benua yang menghasilkan ramai maharesi, munni dan tempat menjelmanya dewata sekelian tetapi mereka ingat diri mereka sebagai orang Arab yang bertutur dalam bahasa yang cacamarba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan