Apakah ertinya semah puja ini? Semah puja ini merupakan upakarah kedewataan yang dijalankan bagi menjamin keberadaan kita semua secara harmoni dengan tenaga-tenaga jagat. Apabila dijalankannya maka kita berupaya pula menghilangkan serta mengatasi jiwittam yang penuh sedih serta menerima keterangkatan jiwa.
Melalui semah puja ini, pikiran dan getaran dari tenaga jiwa tercetus sekeliling kita. Tenaga kejiwaan yang terhasil ini akan menghapuskan pengaruh gelap dalam hidup kita dan membantu mencakupi kita dengan tenaga cerah seterusnya menenangkan pemikiran, membawa kemakmuran kebendan dan membolehkan kita merasai dengan lebih jelas keberadaan Sang Hiyang serta "Diri" kita yang sebenar.
Semah puja umumnya dijalankan di pura-pura atau dalam bahasa orang Hindu di sini, sri koil. Upacara dijalankan oleh pedanda yang dilatih dalam bidang-bidang pemujaan tertentu serta mengetahui pula butiran lanjut kepada puja seperti masa bertuah bagi menjalankan semah puja, mantra apa yang dibaca, dan lain-lain bahan semahan. Citra jotesa persendirian seseorang itu akan menentukan bentuk semah puja dan masa terbaik bagi seseorang untuk menjalaninya, bergantung juga kepada karma kehidupan lampau dan kehidupan kini. Ketika kesan bagi tindakan masa lampau kita, sama ada yang menyenangkan atau tak menyenangkan itu, akan berbuah dengan penanda kedudukan graham ketika kita dilahirkan. Banyak perkara kejadian dan pengaruh dalam kehidupan kita boleh dijangkakan menerusi ilmu jotesa atau tenungan berdasarkan weda-weda.
Kesan buruk yang brahma likhittamnya itu menimpa kita boleh dialihkan atau dikurangkan kesannya menerusi bantuan-Nya, semahiyang yang ikhlas hati, sewah yang tidak mementingkan diri serta semah puja seperti yang dicadangkan dalam weda. Kebahagiaan yang kita cetuskan dalam hidup orang lain dan juga alam sekitar pun sebenarnya memberi manfaat kembali kepada kita. Tubuh, minda dan atma akan disucikan dan diharmonikan keberadaannya menerusi tapa semadi, tindakan kebaktian, japa mantram dan banyak lagi jalan.
Satu cara lagi, adalah dengan membangunkan Brahmasthanam bagi menjalankan pemujaan dan supaya semahan itu menjelmakan kesan tertingginya kepada anak bakti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan