Isnin, 30 September 2013

Perubatan Siddha Tamil

Om Swastiastu!


Tajuk ini merupakan antara tajuk kesukaan aku. Aku sangat berminat dengan rempah-ratus dan perubatan tradisional Hindu bagi tujuan pencapaian kerohanian. Perubatan ini dipanggil sebagai Siddha Marutthuwam atau Tamizh Marutthuwam dan merupakan antara rupakara perubatan paling purwa dalam sejarah manusia.

Kesusasteraan Tamil kontemporari berpegang bahawa rupakara ini terbit di Selatan India di negeri Tamil Nadu. Ia merupakan bahagian kepada tiga cara perubatan Hindu iaitu Ayurweda, Siddha dan Yunani (Indo-Greek). Dilaporkan ia sudah berada di muka bumi ini sejak 10000 tahun lampau.

Siddhargal atau para Siddha merupakan perintis saintis di samaya purwa. Mereka yang kebanyakannya dari Selatan India ini meletakkan dasar bagi ruparakara perubatan ini. Para Siddha yang mahir mempunyai Asta Siddhi iaitu kebolehan melampaui alam semulajadi. Resi Agasthiya dianggap sebagai guru segala Siddha di India Selatan. Rupakara Siddha ini dipercayai diperturun kepada beliau menerusi Sang Skandha, anakanda cetusan Betara Siwa dan Dewi Parwati. Makanya, para Siddha di India Selatan semuanya adalah pelajar dan pengikut Betara Siwa. Resi Agasthiya dan pelajar serta Siddha dari aliran lain menghasilkan beribu-ribu sutra Siddha termasuklah dengan perubatan. 

Majlis Pengajian Pusat dalam Ayurweda dan Siddha (CCRAS) telah diasaskan pada 1978 oleh Jabatan Ayurweda, Yoga dan Naturopati, Unani, Siddha dan Homeopati (AYUSH), Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga, Republik India, bertindak menyusun dan mempromosikan pengajian dalam bidang perubatan Ayurweda dan Siddha.  Majlis Pusat Perubatan India (CCIM), merupakan badan perundangan ditubuhkan bawa AYUSH, memantau pendidikan tinggi dalam bidang perubatan Hindu, termasuk Siddha. Di samping itu, pemerintah India mewujudkan Perpustakaan Digital Pengetahuan Tradisional pada 2001 bagi membanteras lanun cetak rompak ubat dan juga paten perubatan tak berertika. Ia mengandungi 223,000 formulasi pelbagai jenis rupakara perubatan Hindu, seperti Ayurweda, Siddha dan Yunani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan