Pada 2 Ogos 2007, Rama memberi ucapan ditujukan kepada orang ramai di hutan Halkhoriya di Bara, selatan Nepal. Jawatankuasa Namo Buddha Tapoban yang menjaga kebajikan beliau memanggil orang ramai bagi mendengar ceramah. Rama pertama kalinya berceramah dengan siaran langsung stesyen radio FM dan jawatankuasa turut menjemput orang ramai menerusi telefon. Kira-kira 3000 orang berkumpul mendengar ceramah beliau. Video rakaman pun ada. Rama memberi pesanan bahawa, "Cara satu-satunya menyelamatkan negara ini adalah menerusi kerohanian dan kejiwaan".
Ucapan Pertama
Pembunuhan, keganasan, ketamakan, kemarahan bersangatan dan godan menjadikan loka manusia ini satu tempat yang begitu terdesak dan lemah sekali. Puting beliung yang menakutkan turun melanda loka manusia dan ia membawa loka ini ke arah kemusnahan. Hanya satu sanya jalan keselamatan loka ini iaitu menerusi dharma. Tatkala seseorang itu melencong dari jalan yang berkebajikan dan meninggalkan amalan kejiwaan, maka loka yang terdesak ini pastinya akan hancur.
Oleh itu, ikutilah jalan kejiwaan dan sebarkanlah pesanan ini kepada rakan tuan. Jangan letakkan sebarang halangan, kemarahan dan juga ketidakpercayaan dalam jalan pertapaan saya ini. Saya cumalah menunjukkan jalan kepada tuan; tuan carilah sendiri dengan pengalaman tuan. Apa yang saya akan jadi, itulah saya perbuat, dan hari mendatang itulah yang mendedahkannya. Keselamatan manusia, keselamatan seluruh makhluk dan keamanan loka ini adalah tujuan dan jalan saya. "Namo Buddha sangaya, namo Buddha sangaya, namo sangaya".
Saya merenung tentang pembebasan lokamaya yang kacau-bilau ini dari samudera perasaan, dan mengenai terputusnya kita dari godaan dan kemarahan, tanpa tergelincir dari landasan ini walau pun seketika: saya meninggalkan keterikatan saya sendiri terhadap hidup saya dan rumah selamanya. Saya berusaha bagi menyelamatkan makhluk bernyawa seadanya. Tapi dalam loka tak berdisiplin ini, amalan hidup saya cumalah dianggao sebagai satu hiburan dan tontonan suka. Amalan dan kebaktian ramai-ramai Buddha itu semuanya dihalakan untuk kebaikan sejagat serta suka bahagia. Ia sangat asas, sebaliknya juga sangat sukar. Bagi memahami bahawa amalan dan kebaktian itu sebenarnya bukan senang.
Walaupun mudah sahaja untuk wujud secara jahil, manusia tidak memahami bahawa satu hari nanti kita semua mesti meninggalkan loka serba tak tentu ini dan pergi bersama Sang Yama. Keterikatan hati kita dengan rakan-rakan dan keluarga akan menghilang menjadi tiada apa-apa langsung. Kita kena meninggalkan kemewahan dan harta yang kita kumpulkan. Apalah gunanya wahai tuan, jika semua yang saya sayangi sedari awal, ibu saya, bapa, adik-beradik dan saudara mara semua tak gembira? Makanya, menyelamatkan seluruh makhluk berhati nurani itu maka perlulah saya berfikir dengan secara cerah dan keluar dari gua bawah tanah saya menjalani pertapaan wajra.
Dalam usaha menjalani pertapaan di celah orang ramai untuk menyedari jalan yang betul dan pengetahuan, maka tolonglah jangan ganggu amalan saya. Pengamalan yang saya jalankan ini memutuskan diri saya dari sangkar tubuh, roh saya dan juga kewujudan ini. Dalam keadaan ini, 72 dewi Kali akan muncul. Dewa-dewa pelbagai akan muncul bersama dengan bunyi petir dan tangur. Semua dewata kahiyangan dan dewi sakti akan menjalani puja. Sebelum saya berikan pesanan, maka tolonglah jauhi saya. Bantulah terangkan kepada orang ramai. Sebarkan pengetahuan dan juga pesanan kejiwaan ini ke seluruh loka ini. Sebarkannya bagi tujuan ketenangan loka bagi semua. Carilah jalan kebajikan dan kebijaksanaan kepunyaan tuan sendiri!
Ucapan Kedua
Puja tabik Kunchu Suma; pesanan keamanan bagi seluruh makhluk hidup dan bagi kemakmuran kerohanian bagi manusia. Tabik hormat kepada semua pencari kerohanian, para keramat, segala agama dan segala pertubuhan.
Selepas aku diarahkan oleh semangat bagi menyelamatkan dan mengangkat manusia serta makhluk lokamaya, aku memegang janji menyelamatkan loka tak kekal ini dari lautan perasaan dan membebaskan loka dari papa dosa loka. Aku bertapa dhyana bagi kekebasan manusia dan semua makhluk. Semua makhluk berhati nurani berakal pikiran mahu bebaslah dari kesedihan loka dan kesakitan lokamaya. Tapi menerusi kelahiran, mereka tak dilengkapi sebagai manusia bagi mencari kejiwaan dan membebaskan jiwa. Mereka juga memuja semahiyang kepada Sang Hiyang atau dewa-dewa untuk meminta kebahagiaan di loka.
Manusia mencetuskan tradisi-tradisi yang akan menghapuskan seluruh kemanusiaan dan makhluk bernyawa lain. Dengan nama agama, mereka berbunuh, mengganas, marah-marah, berdengki, dan berpecah belah. Hanya satu sahajalah punca; roh hanya satu bentuk; hiwa segala manusia itu sama, hanya tradisi dan adat-istiadat yang berbeda. Selalulah mendukung jalan belas kasihan, ahimsa, tenang; inilah pesanan yang ingin ku sampaikan kepada orang ramai dan seluruh penduduk loka.
Kerohanian, semangat manusia sebenar, akan selalulah mencari kebenaran. Pencarian kebenaran itulah yang berguna buat manusia. Namun begitu, wujud beribu-ribu jalan, ketegangan, ketamakan, keterikatan, kemarahan dan kedengkian yang memenjarakan masyarakat dan manusia. Dengan cara inilah loka menuju kehancuran. Jadi, inilah masa tertinggi buat penduduk loka berpikir sejenak tentangnya. Manusia sepatutnya tidak melupakan tugasan kerohanian terutama dan juga masyarakat mereka. Elakkan membunuh, mengganas, tamak, dengki, keterikatan dan sikap buruk. Berteriak tangislah disebabkan belas kasihan; tunjukkan kepada loka jalan keselamatan.
Selepas matinya tubuh kita, sukarlah mahu kembali ke kehidupan manusia. Ramai yang berpikir bahawa kita ini tidak akan menjelma semula selepas mati. Tidak begitu, tuan. Kita ini menerima kehidupan sebagai manusia kerana karma yang baik. Kita menikmati buah daripada karma kita. Kini, loka dikuasai tiga rupa. Yang pertamanya itu ketamakan, keduanya itu kemarahan dan ketiganya dalam rupa keterikatan dan kedengkian.
Moga segala tradisi agama berubah. Orang beragama semua perlulah pertamanya mencari kebenaran dan menerusi sikap belas kasihan, ahimsa dan ketenangan dalam hati mereka mereka perlu mengindahkan lagi lokamaya dengan jalan keselamatan. Akan saya teruskan dengan renungan dan tapa bagi keselamatan makhluk bernyawa dengan lebih memberi tumpuan dalam jalan kebijaksanaan yang dilalui ini sehingga saya mencapai pencerahan dalam bentuk terakhirnya, samyak sambodhi swaha. Tabik bagi rupa pencerahan tertinggi dan moga ketenangan senantiasa bersama semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan