Isnin, 30 September 2013

Siddha Sampradayam: Cawangan

Om Swastiastu!


Dalam sampradayam para Siddha ini, ia terbahagi pula kepada 12 aliran disebutlah sebagai 12 Pantha Sang Natha. Menurut David Gordon White, pantha ini semua bukan benar-benar cawangan rantingan bagi suatu susuhunan yang terbit dari satu jalan. Sebaliknya, merupakan gabungan atau percampuran antara kumpulan-kumpulan yang berlainan yang turun dari parampara Mpu Macendranatha, Mpu Goraksanatha atau salah satu pelajar dari aliran mereka ini. Mana-mana sahaja pantha dari aliran Natha seluruhnya boleh sahaja masuk ke 12 aliran yang resmi ini. Cawangan yang kurang pengikut seperti Adinatha Sampradayam atau Nandinatha Sampradayam misalnya tidak dihiraukan langsung atau pun menyerap masuk dalam 12 panthah yang resmi itu.....

Menurut Sri Amrita Natha Asrama, 12 Natha Panthah itu adalah:

1. Satyanatha
2. Dharmanatha
3. Darianatha
4. Ayipanthia
5. Wairagakeya
6. Ramake
7. Kapilani
8. Ganganathi
9. Rawalke
10. Mannathi
12.Paawapanthah
13. Pagalapanthi

Lain-lain cawangan yang ditunjukkan oleh Rajamohana Natha (1964) ada 12 juga cawangan kecil:

1. Mcendranatha
2. Adinatha
3. Minanatha
4. Goraksanatha
5. Khaparnatha
6. Satanatha
7. Balakanatha
8. Golakanatha
9. Birupaksanatha
10. Bhatriharinatha
11. Ainatha
12. Khecaranatha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan