Berdasarkan kepada rujukan Mpu Gobinatha Kawiraja dijelaskan lanjutlah mengenai Siddhasrama ini oleh Dr. Narayana Dutta Srimali. Siddhasrama ini merupakan tempat para Siddha bertapa yang menurut tradisinya itu terletak di tanah rahasia di rantau terpencil Himalaya. Tempat itu merupakan tempat para yogi agung, para sadhu dan para resi yang menjadi siddha bertapa. Tempat itu juga dihormati oleh orang Tibet dengan panggilan Sambala. Tradisi lain menyebut Siddhasrama itu letaknya di bhumipadam Bukhar kini dalam negeri Bihar di India samaya kini.
Tempat ini dirujuk dalam Ramayana, Mahabharata dan Purana sekeliannya. Maharesi Waalmiki dalam Ramayana menyebut bahawa Maharesi Wiswamitra mempunyai tempat dalam Siddhasrama dan ia merupakan bekas tempat bertapa Betara Wisnu yang muncul sebagai Wamanawatara. Beliau membawa Seri Rama dan Laksamana ke Siddhasrama itu bagi menghapuskan asura yang mengganggu upacara pengorbanan. Dalam Narada Purana (Purwa; 1.25), Siddhasrama disebut sebagai tempat pertapaan Maharesi Suta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan