Jumaat, 15 November 2013

Antarabhawa dalam ajaran Buddha India

 

Daripada catitan-catitan awal aliran ajaran Buddha, kelihatan bahawa ada enam kumpulan yang menerima antarabhawa dalam pegangan seperti Sarvāstivāda, Darṣṭāntika, Vātsīputrīyas, Saṃmitīya, Pūrvaśaila dan Mahīśāsaka yang lewat.

Empat aliran awal itu sangat-sangat berkaitan rapat. Yang berlawanan dengan penganut aliran ini adalah kelompok Mahāsāṃghika, Mahīśāsaka lewat, Theravāda, Vibhajyavāda dan Śāriputra Abhidharma (kemungkinannya Dharmagupta) (Bareau 1955: 291). 

Setengah catitan awal yang merujuk kepada "kewujudan pertengahan" ada ditemui dalam sastera Sarvāstivādin seperti dalam sastera mereka, Mahāwibhāṣa. Sebagai contoh, sastera ini menunjukkan terdapat pelbagai kewujudan seperti "kewujudan asas", "kewujudan pertengahan", dan "kewujudan kematian" (CBETA, T27, no. 1545, p. 959, etc.). Bareau (1955:143) memberi sebutan-sebutan dari aliran Sarvastivada sebagai berikut:  

Makhluk wujud di pertengahan membuat laluan dengan cara ini menerusi satu kewujudan ke kewujudan seterusnya dibentuk, seperti makhluk hidup lainnya, dengan panca skandha. Kewujudannya dipaparkan oleh hakikat bahawa ia tak boleh mempunyai ketidakterusan dalam masa dan ruangan antara tempat dan ketika kematian dan yang dari jelmaan semula, oleh itu ia mesti berada di antara dua tahap kewujudan yang dipunyai rentetan yang dihubungkan dalam masa dan ruangan oleh tahap pertengahan. Makhluk di tahap pertengahan adalah seperti Gandharwa, kewujudan yang dipandang penting pada kelahiran sebagai kesuburan dan penyatuan kedua ibu bapa. Tambahan lagi, Antarāpariniwāyin merupakan Anāgamin yang mendapat parinirwāṇa semasa berada dalam kewujudan pertengahan. Bagi perbuatan kejahatan yang dahsyat dari pancha petaka tanpa ānantarya (sela masa) pula, roh akan melalui keadaan yang hampir sama juga dengan kewujudan pertengahan ini yang pada penghujungnya ia akan dijelmakan semula dalam neraka.

Dari pemikiran aliran sama tapi sedikit terkemudian pula, walaupun ada sedikit perbedaan, Wasubandhu menjelaskan dalam Abhidharmakosa bahawa:
Apakah itu keadaan di tahap pertengahan, dan kewujudan pertengahan? Kewujudan pertengahan, yang berada antara kewujudan pada kematian dan kewujudan kelahiran, tak sampai ke tujuan ia patut pergi, tak bolehlah dikatakan sebagai jelmaan. Antara kematian itu adalah, pancha skandha pada ketika kematian dan timbul pula adalah pancha skandha ketika jelmaan; ditemuilah kewujudan itu; satu "tubuh" daripada panca skandha yang pergi ke tempat jelmaan semula. Kewujudan antara dua alam gatī (jelmaan semula) inilah disebut sebagai alam pertengahan.
Beliau memetik beberapa sastera dan contoh merujuk pernyataan ini melawan aliran lain yang tak setuju dengan pandangan alam ini dan mendakwa bahawa kematian satu kehidupan itu akan segera diikuti dengan penjelmaan semula pada tahap seterusnya, tanpa ada alam perantaraan antara kedua-dua alam kematian dan kehidupan.

Kedua-dua Mahawibhasa dan Abhidharmaakosa mempunyai sebutan mengenai alam tengahan atau perantaraan ini yang menyatakan bahawa ia berpanjangan sampai tujuh kali tujuh hari atau 49 hari kebanyakannya. Ini merupakan satu pandangan, sedang satu lagi pandangan menyebut lain pula. Hujah serupa ada juga dalam Sastra Satyasiddhi oleh Hariwarman yang kelihatan nak serupa dengan sastera Mahayana, dan ulasan Upadesa mengenai Sutra Prajñāpāramitā, yang kedua-duanya pun sangat kuat dipengaruhi oleh aliran Sarwāstiwada. Kedua-dua sastera ini menancapkan pengaruhnya masing-masing pula dalam ajaran Buddha yang tersebar di empayar China yang turut menerima buah pikiran ini sebagai satu hukum alam. Saddharmasmrty Upasthana Sutra mengenalpasti 17 tahap antara dengan pelbagai pengalaman berbeda pula dialami oleh roh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan