Ahad, 12 Januari 2014

Cuci Muka Mahamuni

Svasti Srih!



Itihasa

Pada 17 Feb 1988, Yang Mulia Sayadaw Buddhanta Panya Vamsa dari Htilin Viharam dan Pitaka Chaung memulakan upacara harian membasuh wajah begawan pada subuh hari. Upacara dimulakan setiap pagi jam 04:00 atau 04:30 a.m setiap hari apabila para bhikkhu membasuh muka dan menggosok gigi om rupa Buddha. Ia merupakan upacara yang panjang dijalankan melebihi sejam oleh bhikkhu berpakaian biarawan dan dibantu beberapa upasaka berpakaian putih dengan destar rasmi.

Sebaik sahaja gendang dihentam, bhikkhu tua berdiam dalam biara sambungan akan masuk ke balai rong dan memulakan upacara rasmi dengan tuala segar yang disemahkan oleh upasaka. Beliau nanti akan menjalankan upacaa mencuci gigi "Mahamuni" dengan berus besar diikuti dengan pembersihan dengan tuala segar.

Kemudian, sebatian cendana disapu pada "rupa" dan akan dibersihkan sekali dengan tuala sebelum disembur dengan chahamod (air mawar). Seusai upacara, tuala yang dipergunakan itu bolehlah didanakan kembali kepada upasaka buat barang kehormatan di sanggar semahan rumah masing-masing.

Dalam peristiwa-peristiwa seperti hari Uposatha, kain kuning dililit sekeliling bahu "rupa" oleh bhikkhu yang menjalankan upacara dan dikipaskan. Sekelompok upasaka akan menyaksikan upcara. Setengah upasaka lelaki akan duduk depan kurungan "rupa" dna lain-lain termasuk wanita dan anak-ana akan duduk di tengah dan hujung balai rong. Upasaka akan menyemahkan makanan dan lain-lain barangan dibawa mereka dalam dulang yang disediakan pihak biara kepada begawan dan membaca mantrakata sementara upacara dijalankan.

Pada musim sejuk, om rupa akan ditutup dengan jubah tatabiara. Semasa pemerintahan kerajaan empayar Burma, semahan diperbuat hari-hari depan Rupa Agung dengan cara rasmi. Makanan dan semahan lain, akan dipayungi dengan payung putih adiraja, dibawa dari istana diiringi para pembesar istana, sebagai lambang kepada kedaulatan negara (Buddha dianggap sebagai pelindung kedaulatan negara). Upacara ini cumalah cara latihan berbakti kepada "Guru". Bukannya semahan semua dibuat itu benar-benarnya ditujukan pada "bahan" yang dicuci itu. Guru dianggaplah masih berada dalam kalangan kita walaupun sudah mangkat lama lah sudah...

Untuk pengetahuan tuan-tuan, Burma bukannya Kesatuan Myanmar lagi. Ia sebuah empayar lama sama seperti empayar Siam tapi telah dikalahkan oleh British dengan permulaan "perang kasut".  Suatu ketika dahulu Burma pernah berhentam dengan Siam. Negara kami di utara Tanah Melayu pun pernah terheret dalam peperangan antara dua empayar tersebut bersama dengan negeri-negeri Selatan Thailand. Kesatuan Myanmar kini sama seperti Persekutuan Tanah Melayu, Pakistan dan Republik India yang mempunyai banyak negara-negara kecil yang disatukan menjadi sebuah negara oleh pihak British.

Tajuk sejarah Asia Tenggara dalam buku sejarah Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) tahun 1990-an ada mencatatkan peristiwa-peristiwa dalam negara-negara di Asia Tenggara. Cuba tuan-tuan baca Buku Sejarah STPM Maktab Gaya Pos Adabi. Sangatlah menarik wahai tuan budiman... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan