Untuk masakan hari ini, aku cuba membuat masukan mengenai makanan orang Tamil dan Malayala. Sudah tentu hidangan mestilah berasaskan sayuran. Hidangan berdaging sebolehnya dielakkan, bagi rakan-rakan yang sama berjati Brahmana pun masakan begini elok buat tuan maka nya jangan gatal sentuh daging!!! Rempah macam serbuk cabai dan serbuk kunyit boleh beli jenama Baaba's atau lain-lain. Pastikan buatannya bermutu dan bersih! Masakan gulai masak lemak ini disebut sebagai jenis masakan Thengapal. Ringkas dan mudah. Rakan-rakan di Asia Tenggara pun boleh membuatnya kerana semua rempahnya sama.
Bahan-Bahan
Tomato tiga biji potong besar-besar
Cabai hijau potong dua
Serbuk cabai merah 1/2 camca
Serbuk kunyit 1/4 camca
Bawang besar potong dua eloknya potong sederhana
Halia cincang jadi satu camca
Serbuk ketumbar
Santan pekat 3/4 cawan
Garam secukup rasa
Gula satu cubit
Setangkai daun karapollai
Caranya
Panaskan minyak dalam kadai (kuali). Tambahkan bawang dan cabai hijau, halia, daun karapollai ke dalam kuali dan kacau-kacau. Kacau sampai bawang itu hilang warnanya menjadi lutsinar.
Rendahkan api, tambah serbuk cabai merah dan serbuk, kunyit serta serbuk ketumbar. Kacau semula. Tambahkan ketulan tomato yang sudah dipotong tadi dengan garam secukup rasa. Gaulkan dengan baik semua masala rempah itu dan kacau selama dua minit.
Kemudian, tambah secawan air dan tutup kuali untuk dimasak dalam lima minit dengan api rendah. Jangan hempuk atau hancurkan tomato sangat nanti tak sedap.
Kemudian, masukkan santan dan secubit garam. Periksa dulu rasa garam cukup atau tidak takut tawar. Gaulkan dengan baik. Kemudian masak lagi dua minit dengan api rendah. Bila ia sudah mendidih tu maka bolehlah dihidangkan. Boleh hiaskan dengan daun karapollai atau pun daun ketumbar. Nak makan dengan putu mayam pun boleh makan dengan nasi pun ok.
Bahan lain boleh digunakan untuk jenis gulai ini adalah seperti petola, labu kundur, ubi kentang dan bagi yang makan daging boleh gunakan ikan laut juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan