Pangkal mantra ini adalah dari Siva Maghima Stotram ditulis oleh Puspa Danta, salah seorang pemuja tegar Betara Guru yang secara tidak sengaja terpijak atas daun Maja (Bel). Keadaan ini menyebabkan Mahadewa murka lantas menyebabkan kesaktiannya hilang. Kemudian Puspa Danta menulis dan membaca mantra ini bagi menenangkan semula Sang Betara Guru Rudra Deva.
Kesan daripada peristiwa ini, dipelajarilah bahawa manusia berpendidikan pun ada berbuat salah secara sedar mau pun tidak. Mereka pun akan menerima kesannya juga dan perlu melalui Prayascittyam sebelum diampunkan. Seorang yang buta kayu pula mungkin boleh diampunkan jika tak tahu kerana dia akan tahu selepas kesilapannya. Pepatah menyebut, "kesaktian tinggi itu datang juga dengan beban di pundak".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan