Ahad, 19 Januari 2014

Pura Ugro Tara


Pura Ugro Tara merupakan sebuah pura yang ditujukan buat Dewi Tara di sebelah barat Jor Pukhury di tengah-tengah kota Guwahati di Lotasil, Timur Laut India.

Pura ini berada di Uzan Bazaar di timur Guwahati, negeri Assam. Ia merupakan salah satu perumah Sakti yang utama di situ. Cetera menyatakan bahawa pusat Dewi Sati, jelmaan Sakti Betara Siwa, mempunyai kaitan dengan terbangunnya pura ini.

Ugra Tara di negeri Assam ini umumnya dikenalpasti dengan Tiksna Kanta, Eka Jata dan lain-lain yang dikenal dalam bahagian devata penganut ajaran Buddha. Pura yang kini dibangunkan oleh raja Ahom, Raja Sri Siva Simha pada 1725 M yang mengorek semula kawasan kolam snanam itu tiga tahun sebelumnya. Kawasan kolam snanam itu yang dipanggil sebagai Jorepukhuri, terletak di timur pura. Ia masih ada lagi, walaupun bahagian atas pura itu sudah hancur terkena gempa bumi. Ia kemudian dibina semula oleh orang perseorangan yang berbakti di situ.

Kalika Purana menjelaskan tentang sebuah Sakti Pitham dikenali sebagai Dikkara Vasini. Ia mempunyai dua rupa iaitu Tiksna Kantha dan Lalitha Kantha. Tiksna Kantha itu gelap dan berperut boroi, digelar lah juga ia sebagai Ugra Tara atau Eka Jata. Lalitha Kantha pula rupawan, digelarkanlah ia Tamreswari.

Dalam Garbagriham Ugra Tara, tiada rupa atau murti diperbuat untuk mewakilinya. Cuma ada satu lohong kecil yang diisi air dalamnya sebagai perwakilan dewi. Pura ini kecil sahaja dan menarik pandangannya. Ada Sivalayam di sebelah pura ini dan kolam di belakang kedua-dua pecandian itu.

Sthala Puranam

Suatu ketika dulu, Sang Yama menghantar aduan kepada Sang Brahma menyatakan bahawa tiadap sesiapa turun ke neraka dari Kamarupa kerana kesucian kawasan itu, walaupun mereka berbuat dosa. Sang Brahma membawa pula aduan ini kepada Betara Wisnu. Betara Wisnu membawa aduan kepada Betara Guru. Betara Guru mengarahkan dewi Ugra Tara supaya menggencar semua yang berdiam di Kamakhya. Lantas, dihantarlah bala tentera dewi ke sana.....

Dalam usaha menggencar manusia berdosa, mereka meletakkan tangan mereka ke atas resi Vasistha yang bertapa dengan Betara Siwa di Sandhyachala. Resi Vasista murka dan menyumpah Ugra Tara Devi serta Betara Siwa. Maka, sebab itu semua sadhana Vedika berkenaan Betara Siwa ditinggalkan di Kamarupa dan Ugra Tara Devi pula menjadi dewi bagi upacara Vamacara. Semua bala tentera dewi jatuh menjadi Mleccha (orang gasar).

Sadhana

Pemujaan baginda dewi Ugra Tara dijalankan dengan tuak, daging, modaka, buah nyiur dan tebu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan