Isnin, 13 Januari 2014

Rgveda: Nasadiya Suktam

Pranam!


Nasadiya Suktam dikenali sebagai bacaan mantra cetusan ke-129 dari mandalam ke-10 Rgveda (10:129). Ia berkenaan dengan prapancavijnana Brahmana dan terbitan alam semesta....

Ia dimulakan dengan menyatakan bahawa "tiada yang tak wujud itu wujud, bukan juga yang wujud itu wujud" (ná ásat āsīt ná u sát āsīt tadânīm). Ia selari dengan seloka kedua "makanya bukan kematian itu wujud, bukan juga yang abadi" (ná mṛtyúḥ āsīt amŕtam ná tárhi). Namun tersebut sudah dalam seloka kedua bahawa memang ada "bernyawa tanpa nyawa, dengan cirinya sendiri, yang satu" (ânīt avātám svadháyā tát ékam).

Seloka ketiga, merungkai, "dari haba (tapas) terjelma yang itu" (tápasaḥ tát mahinâ ajāyata ékam). Seloka keempat menyebut nafsu (kāma) itu benih awalan, dan kawi-kawi sulung alam ghaib (kavayas) yang "menemui ikatan makhluk dalam ketidakwujudan dengan hati dan perasaan mereka".

Dijelaskan bahawa masukan bacaan ini adalah sudah lewat dalam Rgveda, dan menyatakan pemikiran yang lebih tipikal dalam drishti Hindu. Ia ditafsirkan sebagai salah satu masukan terawal mengenai pertanyaan ragu-ragu dan anastika. Mengenai perkara veda suci, jangan sesuka hati diambil tafsirannya, bahaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan