Jumaat, 17 Januari 2014

Sangaravo Sutra


Di Savasti dalam biara Ananthapindika di kebun Jeta, Brahmana Sangarava memberi sembah lantas bertanyalah kepada baginda Buddha.....

Sangarava: Kenapakah, wahai Gautama yang baik, terjadi kadangkala bacaan mantra aku pelajari lama lah sudah itu kurang jelas kepada aku, tak perlu disebutkan lah mengenai yang aku belum pelajari lebih-lebih lagi lah? Dan kenapakah juga kadangkala setengah mantra yang aku tak pelajari sesangat itu jelas pula kepada aku, tak perlulah disebutkan yang sudah aku pelajari, lebih-lebih lagi lah?

Gautama: Bayangkanlah wahai Brahmana, semangkuk air bercampur dengan laksha, kunyit, dan pewarna hijau gelap atau warna megha. Jika seorang yang baik penglihatannya melihat kepada pantulan mukanya sendiri dalam mangkuk air tersebut, pastilah dia tidak tahu atau melihat mukanya itu sebagai yang sebenarnya. 

Dengan cara yang sama juga, wahai Brahmana, apabila seseorang itu duduk dengan hatinya dirasuk dan disedihkan oleh keinginan deria... Maka dia tidaklah akan mengetahui atau melihat seperti yang seadanya, apakah kebajikannya kepada dirinya sendiri, kepada kebajikan bagi yang lain dan bagi kedua-duanya. Kemudian, mantra suci yang sudah dipelajari tak jelas kepadanya, lebih-lebih lagi lah yang tidak dipelajarinya lagi.

Sekali lagi, wahai Brahmana, apabila seorang itu duduk dengan hatinya dirasuk dan disedihkan oleh kehendak tidak elok... makanya dia tidak boleh melihat mau pun mengetahui...

"Bayangkan sebiji bejana diisi air, dipanaskan dengan air, ia menggelegak lantas meruap. Jika seorang yang baik penglihatannya itu ternampak pantulan mukanya dalam bejana itu, pastilah dia tak mengetahui atau melihat keadaan itu seperti itu..."

"Sekali lagi, wahai Brahmana, apabila seorang itu berdiam dengan hatinya dirasuk dan disedihkan oleh mandom dan longlai... Maka dia pun tak dapat mengetahui atau melihat..."

"Bayangkan sebiji bejana berisi air diselaputi atasnya dengan lumut-lumut ringan dan tumbuhan air. Jika penglihatan seseorang itu baik, maka akan terlihat kepadanya pantulan mukanya itu di dalam bejana tersebut, tapi dia tidaklah akan mengetahui atau melihat rupa itu seperti itu..."

"Sekali lagi, wahai Brahmana, apabila seorang itu berdiam dengan hatinya dirasuk dan disedihkan oleh kebimbangan dan kekaburan... Maka dia pun tak dapat mengetahui atau melihat..."

"Bayangkan sebiji bejana berisi air ditiup angin, maka airnya pun bergetar, bergelombang dan berombak kecil. Jika penglihatan seseorang itu baik, maka akan terlihat kepadanya pantulan mukanya itu di dalam bejana tersebut, tapi dia tidaklah akan mengetahui atau melihat rupa itu seperti itu..."

"Sekali lagi, wahai Brahmana, apabila seorang itu berdiam dengan hatinya dirasuk dan disedihkan oleh keraguan dan lalai... Maka dia pun tak dapat mengetahui atau melihat..."

"Bayangkan sebiji bejana berisi air dikacau, dikacau sampai berkeladak airnya lalu diletakkan dalam tempat gelapmaka airnya. Jika penglihatan seseorang itu baik, maka akan terlihat kepadanya pantulan mukanya itu di dalam bejana tersebut, tapi dia tidaklah akan mengetahui atau melihat rupa itu seperti itu..."

Dengan cara yang sama, wahai Brahmana, tatkala seorang itu berdiam dengan hatinya dirasuk dan disedihkan oleh keraguan dan kelemahan pada hati... Maka dia pun tak boleh mengetahui atau melihat, seperti seadanya, apakah yang memberikan kebajikan bagi dirinya, apakah kebajikannya kepada yang lain atau kedua-duanya? Maka, walaupun sepanjang mana sekali pun dia mengaji mantra katha suci pun tak jelas kepadanya, apatah lah lagi yang dia sedang pelajari itu.... 

Namun begitu, wahai Brahmana, apabila seorang itu bediam dengan hatinya tidak dirasuk atau disedihkan oleh hawa nafsu... niat buruk... mandom dan longlai... bimbang dan kabu... ragu dan lalai... (seperti lima bejana air tapi bukan seperti yang dijelaskan baginda Buddha, tapi airnya jernih, jelas, lutsinar, dan terbuka luas permukaannya)... Maka dia pun mengetahui dan melihat, seperti seadanya, apakah yang membawa kebajikan kepadanya, dan kepada yang lain, kepada kedua-dua jiwa raganya atau makhluk lain. Maka, walaupun tak panjang pun mantra katha yang dibacanya dalam pengajian tapi tampak pula jelas, apatah lah lagi yang sedang dibacanya itu.

Cubalah bayangkan, wahai Brahmana, terdapat sebiji bejana air yang cerah, tenang, jernih, dan disinari cahaya pula permukaannyaa. Jika seorang itu yang baik pandangannya memeriksa sendiri pantulan mukanya dalam air itu, maka akan diketahuilah dan dilihatnya keadaan itu seadanya. Maka, begini jugalah caranya, wahai Brahmana, apabila seorang itu berdiam dengan akal pikirannya tidak dicengkam keraguan... yang pada ketika itu bacaan sloka mantra yang tak dibacanya sudah lama pun akan muncul semula dalam pemikirannya (hatinya), apatah lah lagi yang sedang dibaca dalam pengajiannya sekarang.

"Perkara ini, wahai Brahmana, merupakan penyebab dan musabab kenapa timbul semula segala mantra kata yang tak pernah dibaca lama itu dalam pemikiran, apatah lah lagi yang sedang dibacanya sekarang".

Tujuh punca pencerahan, wahai Brahmana, adalah....
  • Tiada halangan minda.
  • Tiada lengahan minda.
  • Tiada pencemaran minda.
Yang apabila dicapai oleh seseorang itu, maka dia pun akan dipandu pula kepada kesedaran, buah kepada pengetahuan sebenar dan kebebasan. Apakah yang tujuh? Punca pencerahan bagi kesedaran itu adalah tiada halangan.... Punca pencerahan bagi ketenangan itu adalah tiada halangan... Semua tujuh punca pencerahan itu adalah...
  • Tiada halangan minda.
  • Tiada lengahan minda.
  • Tiada pencemaran minda.
Yang apabila dicapai oleh seseorang itu, maka dia pun akan dipandu pula kepada kesedaran, buah kepada pengetahuan sebenar dan kebebasan.

Tatkala disabdakan perkara ini, Brahmana Saṅgārava berkata kepada baginda Buddha, "Cantik sekali, Tuanku! Sabermula hari ini, ingatilah wahai Tuanku bahawasanya patik meminta perlindungan Tuanku seumur usia menjadi seorang upasaka (pengikut)!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan