Jumaat, 17 Januari 2014

Tatasusila Brahmin Smartha III


Gerhana

Surya
  • Jangan makan sebelum empat Yama sebelum gerhana surya. 
  • Jangan makan sebarang makanan pun di malam hai, makan cuma keesokan paginya.

Chandra
  • Dalam kejadian gerhana wulan, cuma boleh makan sebelum 3 Yama.
  • Kalau bulan itu terlepas sebelum penghabis gerhana (Grahanasthamanam), maka jangan makan di siang hari semasa gerhana wulan, makan cuma selepas melihat rembulan.
Apabila gerhana berterusan maka bolehlah mandi di laut tapi upacara snanam air (baptis) yang dilakukan selepas gerhana jangan dibuat di laut!

Mandi di laut cuma dibenarkan semasa Amavasya dan Purnavasya saja kecuali di Rameswaram.

Wanita datang bulan patutlah snanam air dengan dituangkan airnya ke atas dia oleh orang lain.

Semasa gerhana, semua air dianggap setara dengan air Gangga Jalam dan semua Brahmana pun setaraf dengan Resi Vasista.

Maka sampai terlepasnya dari gerhana, janganlah tidur tapi bacalah mantrakata.

Wanita mengandung elakkanlah keluar semasa gerhana.

Sisa makanan yang tersedia sebelum gerhana jangan dimakan lagi. Makanan segar patut disediakan selepas tamatnya gerhana.

Bagi bahan-bahan seperti acar jeruk dan susu serpih kental, letaklah keratan daun Durbha atasnya. Selepas snanam, buanglah daun Durbha itu.    

Dana dan tapa dijalankan semasa gerhana memberi kebajikan maha besar kepada kita.

Tarpanam

Tarpanam sepatutnya dijalankan sebaik sahaja gerhana bermula dalam gerhana matahari dan bila ia meninggalkan keadaan gerhana bulan. Kedua-dua tarpanam mesti dijalankan hanya semasa Kresna Paksa.

Tarpanam boleh dijalankan menggunakan air laut tapi achamanam jangan dijalankan lah! Air diambil dari rumah selepas mandi boleh digunakan untuk achamanam.

Bagi sesiapa yang berada dalam Nakcatram atau Anu Janma Nakcatram, kemudian terjadi gerhana, maka mestilah dituliskan sloka berikutnya dalam daun lontar kemudian diikat di dahinya. Selepas gerhana maka daun lontar itu boleh ditanggalkan. Kemudian mesti berikan danam kepada seorang Brahmana lain iaitu sebiji labu kundur, buah nyiur dan duit kupang kepadanya.

Untuk Gerhana Bulan

Tuliskan dalam daun lontar anda...

ईन्द्रो अनलो यमो रिक्षो वरुणो वयुरेवचम् कुबेर ईसो क्नान्दु उपरग उधव्यताम् मम॥

Untuk Gerhana Matahari

ईन्द्रो अनलो यमो रिक्षो वरुणो वयुरेवचम् कुबेर ईसो क्नान्दु अर्क उपरग उधव्यताम् मम॥

Pengertiannya.... Semoga Sang Indra, Agni, Yama, Niryati, Vayu, Kubera, Yisana semua menghapuskan segala kesan buruk gerhana matahari/bulan....

Susu, sebatian cendana dan bungaan jangan kau simpan dalam bekas tembaga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan