Sabtu, 15 Mac 2014

Suku Yavana: Penakluk Barat Laut


Sastera

Sastera Hindu kita sering menyenaraikan puak Yona bersama puak Kambuja, Saka, Pahlava dan puak-puak lain di Barat Laut benua kecil India.

Mahabharata

Mahabharata mengumpulkan bangsa Yavana bersama dengan bangsa Kambuja dan China dalam rujukan Mleccha (Gasar). Bahagian Shanti Parva menyebutkan mereka bersama dengan Kambuja, Saka, Pahlava dan lain-lain sebagai bangsa yang hidup dengan kehidupan dasyu atau hamba. Bab lain dalam parva itu juga menyebut bangsa-bangsa ini semua sebagai setara dengan Grddhrah dan Svapakah.

Udyoga Parva menyatakan bahawa gabungan tentera Kambuja, Yavana dan Saka yang sama-sama mengambil bahagian dalam Bharata Yuddha itu dipimpin mahakesatria Kambuja, Sudakshina. Cetera menggambarkan kelompok tentera itu sebagai ganas.

Ramayana

Balakandam juga menggolongkan bangsa Yavana dengan Kambuja, Saka, Pahlava dan lain-lain sebagai tentera berikat yang bersekutu dengan resi Vishistha melawan raja Vedika, Vishwamitra. Kishkindhakandam menyebut bahawa orang Yavana, Saka, Kambuja dan Parada terbit dari Barat Laut sebelah Himavat (Hindu Kush).

Manusmriti

Yavana bersama dengan Saka, Kambuja, Pahlava, Parada dan lain-lain disebut sebagai kesatria jatuh taraf menjadi sudra. Rujukan juga ada dalam Anushasana Parva dari Mahabharata.

Purana

Banyak kumpulan sastera merujuk kumpulan Mleccha dengan gaya rambut mereka yang tidak sama dengan orang Hindu. Ganapatha Panini menyebut bahawa orang Yavana dan Kambuja berambut takek (mundah). Brahmanda Purana membicarakan kuda-kuda yang didatangkan dari negara Yavana. Vishnu Purana menyebut bahawa Chaturvarna tidak wujud di tanah Kirata di Timur mahu pun di tanah Yavana dan Kambuja di Barat.

Sastera Buddha

Mudraraksha oleh Visakhadutta bersama dengan karya penganut Jina, Parisishtaparvan mengaitkan mereka dengan persekutuan maharaja Chandragupta dengan raja Himalaya, Parvataka. Persekutuan ini membekalkan tentera terkuat yang terdiri daripada bangsa Saka, Kambuja, Yavana, Parasika, Bahlika dan lain-lain yang diperguna buat menewaskan raja Yunani Barat, Alexander the Great dan raja Nanda di Magadha. Selepas itu, terbentuklah empayar Maurya di India Utara.

Assalayana Sutta dari Majjhima Nikaya mengesahkan bahawa bangsa Yona dan Kambuja cuma ada dua jenis varna saja, Arya dan Dasa. Arya boleh turun menjadi Dasa, dan Dasa boleh naik menjadi Arya. Mahaniddesa pula merujuk Yona itu kepada Arakosia (Kandahar) dan Parama Yona di Baktria.

Sastera Lain
  • Vartika, Katyayana melaporkan yang raja-raja Saka, Kambuja dan Yavana mungkin dipanggil menurut nama puak mereka.
  • Brighatkamanjari, Kshmendra melaporkan bahawa raja Vikramaditya mengurangkan beban pertiwi suci dengan menghapuskan terus orang Saka, Yavana, Huna, Tukhara, Parasika dan yang lain-lain kerana membuat dosa.
  • Ulasan Patanjali menyebut Yavana dan Saka itu bangsa sudra anirvasita (amat).
  • Gautama Dharma Sutra menyebut Yavana (Yunani) itu keturunan perempuan-perempuan Sudra dengan lelaki-lelaki Kesatria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan