Terbitan Dasar Deria
Dalam ajaran Buddha, dasar enam deria (ṣaḍāyatana) merujuk kepada lima anggota deria tubuh iaitu:
1. Medan penerimaan dipunyai mata, telinga, hidung, dan lidah.
2. Minda dirujuk sebagai dasar deria yang keenam.
3. Bahan-bahan terkait iaitu rupa kenampakan, bunyian, rasa lidah, bahan sentuhan dan akal.
Berdasarkan enam dasar deria tersebut ini, sebilangan penyebab mental itu timbul termasuklah enam "jenis" atau "golongan" kesedaran disebut sebagai vijñāṇakāyā pun muncul. Lebih mendalam lagi, menurut kepada penelitian ini, enam jenis kesedaran itu adalah kesedaran berdasarkan mata, kesedaran telinga, kesedaran hidung, kesedaran lidah, kesedaran tubuh dan kesedaran akal (minda).
Dalam konteks ini, contohnya, apabila medan penerimaan telinga (proximal stimulus, biasanya dikenali oleh penganut Buddha sebagai dasar deria atau anggota deria) dan bunyi (distal stimulus, atau bahan deria) wujud, maka kesedaran terkait dengan anggota deria pun timbul. Timbulnya tridhātu (tiga unsur) seperti telinga, bunyi dan kesedaran telinga membawa kepada pengertian, dikenali juga sebagai "hubungan" dan sebagai kesannya menyebabkan "rasa" senang, tak senang atau tiada sebarang rasa timbul. Dari perasaan, sebegitulah timbulnya ketagihan, hasrat atau idaman (Thanissaro, 1998).
Dalam perbincangan berjudul, "Samuha" (Sarva Sutra, SN 35.23), baginda Buddha menjelaskan bahawa tiada "semua" di luar daripada enam pasang dasar deria itu (enam dasar dalaman dan enam dasar luaran). "Perbincangan Ditinggal Pergi" (Pahanaya Sutra, Sn 35.24) lanjutnya mengembangkan Samuha itu meliputi deria-deria yang disebut tadi iaitu, dasar-dasar deria dalaman, dasar-dasar deria luaran, kesedaran, hubungan dan perasaan. Dalam "Ceramah Api" yang terkenal itu (Ādittapariyāya Sutra, SN 35.28), baginda Buddha mengisytiharkan bahawa "Samuha itu terbakar" dengan keghairahan, kemeluatan, khayal dan duka; bagi membebaskan jiva dari derita ini, seseorang itu mestilah tidak tergoda dengan Samuha.
Jadi, dalam konteks ini, vijñāṇa itu meliputi ciri-ciri berikut:
- vijñāṇa itu timbul kesan daripada kegiatan āyatana (dasar deria kebendaan).
- ada enam jenis kesedaran, setiap satunya sesuai dengan salah satu anggota deria dalaman.
- vijñāṇa (kesedaran) itu berbeda (dan timbul) dari mana (minda).
- di sini, kesedaran itu sedar dengan dasar deria tertentunya, termasuklah minda dan bahan minda.
- vijñāṇa itu keperluan bagi timbulnya taṇhā (idaman).
- maka, penghapusan bagi dukkha itu, seseorang itu mestilah tidak menjatikan dirinya dengan, atau melekatkan dirinya kepada vijñāṇa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan