Siva itu ertinya Yang Maha Bertuah. Betara Siva digelar juga sebagai Betara Guru, Sang Sambu Sangkara, Mahadeva atau Mahesvara. Betara Siva sangat terkenal sehingga ke India Selatan dan kepulauan India Timur (Indonesia). Baginda turut diberi penghormatan dalam tradisi Smartha yang melihat-Nya menerusi panchadevata. Baginda berperanan dalam meleburkan unsur Jagat Raya ke uraian dasar seperti keterangan sastra agama.
Rupa baginda pun ada yang penyayang dan ganas. Di tahap tertinggi, baginda tidak terbatas, serba meliputi, tiada berubah dan arupa. Dalam rupa penyayang, baginda digambarkan sebagai Yogi yang hidup sebagai ajar-ajar di Gunung Kailasa, berkeluarga dengan Parvati Devi, dan berputera dua orang iaitu Sang Ganesa dan Sang Kartikei. Dalam rupa ganas, baginda digambarkan sebagai penyembelih setan-setan. Baginda pun merupakan penunggu yoga dan kesenian.
Bentuk pemerupaan baginda pada gambaran itu adalah dengan mata ketiga di dahi, naga Vasuki melingkar di lehernya, bulan sabit di sanggulnya, air sungai Ganga mengalir dari atas sanggulnya, trisulo sebagai senjata dan damaru sebagai alatan. Bentuk bukan perupaan manusia baginda itu bergelar Linggam. Pura untuk baginda disebut Sivalayam.
Terbitan Nama Siva
Perkataan Siva ini muncul dari Sri Rudram Chamakam dari Taittiriya Samhita (4.5;4.7) dari Krishna Yajurveda. Kata rupa Siva ini tidak semestinya merujuk kepada Rudra saja tetapi boleh juga merujuk beberapa devata Vedika lain. Rujukan lain untuk Betara Siva selain daripada yang tersebut itu adalah:
Penafsiran Guru-Guru
Adi Sankara
Beliau mentafsirkan nama Siva, yang ke-27 dan ke-600 dari Seribu Nama Vishnu, dengan pelbagai pengertian seperti:

- Rudra
- Hara atau Yang diPertuan Hijau
- Trilochana
- Devendra
- Trailokanath
Penafsiran Guru-Guru
Adi Sankara
Beliau mentafsirkan nama Siva, yang ke-27 dan ke-600 dari Seribu Nama Vishnu, dengan pelbagai pengertian seperti:
- Yang Maha Murni
- Yang Tidak Terjejas dengan Triguna Prakrti.
- Yang Menyucikan sesiapa yang menyeru-Nya.
Dalam terjemahan beliau untuk Seribu Nama Vishnu itu, beliau menerangkan lagi pengertian Siva:
- Yang Senantiasa Murni
- Yang Suci dari kecacatan Raja dan Tamogunah.
Peranan kedevataan utama baginda oleh pengikut baginda boleh dilihat di pagelaran baginda seperti:
- Mahadeva
- Mahesvara
- Paramesvara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan