Ahad, 6 Julai 2014

Siva Siddhanta: Kepercayaan


Permulaan

Kelompok Siddha seperti guru Sadyojothi sekitar kurun ke-7 M, merupakan penyusun yang berjasa dalam susunan agama Siddhanta dalam bahasa Sanskerta. Guru Sadyojothi menerima diksha dari Guru Ugrajothi, yang memberi pindah pandangan drishti Siddhanta seperti dalam dua sastera dasar iaitu:
  1. Rauravatantra
  2. Svāyambhuvasūtrasaṅgraha
Guru Ugrajothi mungkin atau mungkin tidak berasal dari Kashmir. Namun pemikir-pemikir seterusnya yang karya-karya agama mereka itu terselamat adalah dari parampara Kashmir yang giat pada kurun ke-10 M seperti:
  • Rāmakaṇṭha I
  • Vidyākaṇṭha I
  • Śrīkaṇṭha
  • Nārāyaṇakaṇṭha
  • Rāmakaṇṭha II
  • Vidyākaṇṭha II
Lipat-lipat lontar dari guru Śrīkaṇṭha sampai ke guru Vidyākaṇṭha II terselamat. Raja Sri Bhojadeva Paramarawangsa dari Gujerat (1018) mengumpulkan semua sastra agama Siddhanta menjadi pustaka pengetahuan ghaib berjudul Tattvaprakāśa.

Susunan Kepercayaan Terkemudian

Kemuncak susunan agama nampaknya berlaku di Kashmir pada kurun ke-10 M, dengan karya-karya paribahasa oleh penulis-penulis Kashmir seperti Bhatta Narayanakantha dan Bhatta Ramakantha yang menunjukkan kemajuan ungkapan aliran ini.

Karya kedua-dua tokoh itu dipetik dan diperguna semula dalam karya penulis-penulis India Selatan seperti Aghorasiva dan Trilocanasiva pada kurun ke-12 M. Kepercayaan dijelaskan berdasarkan kepada agama Tantra berjudul Siddha Tantra dan Sivagama. Pustaka tersebut mengandungi 28 agama dan senarainya boleh berkembang atau berkurang. 

Beberapa agama penting seperti Mrgendra tidak tersenarai pula. Sastera itu mempunyai kesan besar dalam upacara Saiva dan juga upacara aliran bukan Saiva lain. Contoh untuk itu seperti dalam Agnipurana. Pustaka itu disusun di India Utara lewat kurun ke-11 M oleh Somasambhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan