Jumaat, 4 Julai 2014

Yoga Vinyāsa


Yoga Vinyasa (विन्यास) ini merupakan sabdavali yang merujuk kepada gaya-gaya yoga tertentu. Sabdavali ini boleh dipecahkan kepada akar Sanskritika bagi membantu nyahjejak pengertian. Nyasa diertikan "menempatkan" dan vi ertinya "dengan cara tertentu".

Lori Gaspar (2003) dalam Jurnal Yoga Chicago menyatakan bahawa ada empat nirvacana vinyāsa:
  • Hubungan pergerakan tubuh dengan pernafasan.
  • Turutan tertentu pergerakan yang bersenyawa dengan pernafasan diperguna untuk perubahan antara pergerakan yang ditanggung yogi.
  • Menentukan niat untuk amalan yoga persendirian seraya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencapai matlamat.
  • Sejenis kelompok yoga.
Maehle (2007: m.s 294) dalam Ashtanga Yoga: Practice and Philosophy menirvacanakan vinyasa sebagai:
Pergerakan berturutan yang saling menghubungkan asana bagi membentuk satu aliran berterusan. Ia mencetuskan pergerakan semadhi yang mendedahkan semua bentuk itu sebagai tidak kekal dan untuk sebab itu, ia tidak kekal.
Ia menunjukkan sejenis yoga yang dinamik dan mengalir, dihubungkan dengan pranayama. Yoga dan perubahan mudra dihidupkan menerusi hubungan antara asana. Vinyasa turut diperguna sebagai kata nama untuk menerangkan mengenai asana-asana antara Adho Mukha Svasanas atau Menghadap Anjing Sebelah Bawah sebagai sebahagian daripada turutan dalam Surya Namaskara. Walaupun perkara ini lebih tepat lagi disabdavalikan separa-vinyasa sebagai vinyasa-penuh kembali untuk menyempurnakan asana berdiri.

Murid kepada guru yoga lagenda Krishnamacharya, Sri Vastava Ramaswami dalam The Complete Book of Vinyasa Yoga, memberi paparan penting untuk intipati Vinyasa dalam amalan yogasana seperti berikut:

Guruku itu percaya bahawa tatacara vinyasa yang betul itu penting untuk mencapai kebaikan penuh daripada pengamalan yoga. Petikan yang ku terjemah dari Yoga Makaranda itu, benar-benar membingkaikan sentimen ini...

"Dari samaya antah berantah suku kata Vedika... dibaca dengan nota yang betul (tinggi, rendah dan tara). Begitu juga sruti (nada) dan laya (irama) menyusun bunyian klasik Hindu. Kekawin klasik Sanskerta mengikut kepada susunan chandas (meter), yati (caesura) dan prasa (perkumpulan). Seterusnya dalam mantra puja, nyasa (penunggu-penunggu di anggota tubuh dengan mudra dan mantra untuknya) seperti Kalanyasa, Matrukanyasa dan Tatvanyasa, semuanya pun saling berkaitan. Begitu jua lah yogasana, pranayama dan mudra. Semua ini sudah diamalkan dengan vinyasa sejak antah berantah lagi. Namun, samaya ini, di banyak tempat, ramailah juga mahatma yang mengajari yoga tetapi mereka meninggalkan vinyasa. Mereka cuma meregangkan atau membuka pelipat anggota tubuh, dan menyatakan bahawa itu adalah yoga..."

Guru Ramaswami menyebut, "Seperti muzik tanpa sruti dan laya itu tidak mampu untuk memberi kesukaan di pendengaran, begitu juga yogasana tanpa vinyasa pun tidak memberi faedah kesihatan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan