Selasa, 12 Ogos 2014

Nirvacanam Vishnu


Penjelasan tradisional mengenai nama Vinu itu melibatkan pengertian kata, viś. Ertinya, "berpenempatan". Pengkaji kehinduan dari Barat memadankan kata ini dengan bahasa Latin mereka, "vicus". Bahasa Inggeris, "wich" bererti "kampung" dan bahasa Slavia, "ves".

Pengertian dari Rgveda itu memberi pengertian Vinu, "memasuki" atau "menembusi". Penterjemahan ertinya itu, "Yang Mahā Menembusi". Pengulas veda suci awal seperti Sang Yaska, menerusi sastera Nirukta beliau menirvacanakan itu sebagai:

  • विष्नुर विष्वतेर वा व्यश्नोतेर वा... Dia yang menembusi setiap tempat.
  • अथ यद विषितो भवति तद विष्नुर्भवति... Yang bebas dari belenggu ikatan, itu lah Viśnu.
Sri Guru Adi Sankara menerusi ulasan beliau, 1000 Nama Suci, menjelaskan, terbitan viś itu bererti, "wujud di merata-rata". Dia itu menembusi segalanya, vevesti, digelar Dia, Vinu. Sri Guru Adi Sankara mengulas Vishnu Purana, 3.1.45. bahawasanya, "Sakti Yang Maha Tinggi itu meresapi alam semesta. Erti viś itu menurut konteks ini adalah, meresap masuk.

Swami Chinmayananda menerusi terjemahan 1000 Nama Suci Vishnu, kemudian mengaitkan ayat dari Rgveda itu dengan, "akar kata viś yang bererti masuk". Seluruh loka seperti benda dan makhluk itu ditembusi oleh Nya. Upanishad dengan penuh telitinya menekankan perkara ini menerusi mantra, "yang berada di situ adalah loka yang berubah-ubah (berevolusi)".

Maka, boleh diertikan bahawa Dia itu tidak terbatas ruangan, masa dan unsur. Swami Ji dalam muka surat 16 dan 17 terjemahan 1000 Nama Suci juga menyebut bahawasanya, Yang Maha Menembusi itu adalah Vishnu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan