Selasa, 12 Ogos 2014

Saṁnyāsa: Gaya Hidup


Ciri-Ciri Pertapa Yogi
  • Membujang.
  • Tanpa harta pemilikan.
  • Mengamalkan tapa yoga atau;
  • Bhakti semadhi bergantung kepada tradisi, ishta devata atau terus ke Tuhan.
Tujuan utama seorang yogi itu adalah untuk mencapai moksha. Konsep ini mungkin berbeda-beda menurut tradisi Hindu itu sendiri.

Jenis Tradisi
  • Bhakti, yang menekankan kebebasan yang terkandung dalam kesatuan dengan Ilahi.
  • Yoga, kebebasan itu merupakan pengalaman semadhi (pencerahan) jiwa.
  • Advaita, kebebasan itu bermaksud hilangnya segala kejahilan dan kesedaran bahawa aham brahmasmi.
Begawan Kresna menyebut:
"Kegiatan melepaskan benda-benda duniawi dan keinginan terhadap kebendaan itu digelar oleh orang-orang alim sebagai tata kehidupan mereka yang membebaskan jiwa mereka (samnyasa). Kesan melepaskan segala kegiatan mengejar duniawi itu digelarlah oleh orang-orang alim sebagai tyaga (melepaskan)". - Bhagavadgita 18.2.
Sarjana kehinduan, Barbara Stoler Miller, menterjemah bab ke-18 seloka ke-2 itu seperti berikut:
"Tindakan menolak perkara-perkara oleh keinginan nafsu itu, digelar sang kavin sekelian sebagai menolak hawa nafsu; melepaskan segala buah tindakan itu pula, digelar oleh orang alim sebagai perlepasan. Tindakan berdisiplin dan perlepasan itu rohaniahnya lebih berkesan daripada menolak hawa nafsu".
Maharesi Mahesh Yogi menterjemah Bhagavadgita 5.3 seperti berikut:
"Kenalilah dia untuk menjadi orang yang menolak yang tidak membenci dan tidak pula menginginkan; bebas dari pasangan berlawanan, dia yang bebas dengan mudahnya dari ikatan, wahai dia yang gagah tangannya!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan