Abhinavagupta

Abhinavagupta dilahirkan sebagai Śaṅkara pada tahun 950 M di Kaśmīr. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, ahli mistik dan ahli estetik dari Tanah Kaśmīr. Beliau juga dianggap sebagai ahli muzik, penyair, penafsir, ahli agama dan ahli mantik berpengaruh. Peribadi beliau yang serba boleh ini memberikan pengaruh besar kepada kebudayaan India.

Keluarga beliau sendiri adalah keluarga sarjana dan ahli mistik. Beliau mempelajari segala jenis aliran falsafah dan kesenian pada ketika itu di bawah petunjuk 15 atau lebih guru. Beliau menghasilkan lebih 35 karya lengkap semasa hayat beliau. Yang terkenal sekali adalah Tantrāloka, risalah ensiklopedia yang memperkenal aspek amali dan falsafah aliran Kaula dan aliran Trika. Satu lagi sumbangan terpenting beliau dalam bidang falsafah estetik adalah Abhinavabhāratī, ulasan Nātyaśāstra hasil karangan Bharata Muni. Baca di sini untuk mendapat maklumat latarbelakang sosial tokoh ini.

Kehidupan

Abhinavagupta bukanlah nama sebenar tokoh ini. Beliau mendapat gelaran ini dari guru beliau. Gelaran ini bermaksud kecekapan dan kekukuhan pengetahuan. Dalam analisisnya, Jayaratha (1150-1200) yang mengulas mengenai Abhinavagupta menyatakan bahawa gelaran ini bermaksud, cemerlang, kewujudan di merata-rata dan dilindungi oleh pujian.

Raniero Gnoli, satu-satunya sarjana bahasa Sanskrit yang berjaya menyelesaikan terjemahan Tantrāloka ke dalam bahasa Eropah, menyebut bahawa Abhinava bermaksud baru. Hal ini merujuk kepada tenaga pencetus kepada pengalaman mistik yang baru.

Dari Jayaratha, kita dapat mempelajari bahawa tokoh ini mempunyai enam kualiti yang diperlukan oleh penerima śaktipāta pada tahap yang mendadak. Hal ini dijelaskan dalam Śrīpūrvasāstra yang menyebut:
  • Keimanan teguh terhadap Tuhan
  • Kesedaran terhadap mantra
  • Kawalan terhadap 36 tattva
  • Rumusan yang jaya terhadap segala amalan yang dijalankan
  • Kreativiti seorang penyair
  • Pengetahuan spontan terhadap segala disiplin ilmu
 Cetusan oleh Abhinavagupta ini diseimbangkan antara cabang Trika yang tiga iaitu:
  • Icchā, kehendak
  • Jñāna, hikmah
  • Kriyā, amalan
Karya-karya beliau termasuklah nyanyian bakti, karya sastera kesarjanaan dan karya amalan yoga serta upacara. Sebagai seorang pengarang, beliau dikenali kerana pemikiran falsafah yang sistematik dan tersusun. Beliau menyusun semula, merasionalkan dan menata pengetahuan falsafah supaya ia menjadi mudah difahami dan tersusun. Segala sumber maklumat yang ada ketika itu dinilai kembali. Beliau sudah melakukan hal ini sebelum pengkaji Indologi Barat melakukannya pada zaman ini. Ramai sarjana kontemporari menyampaikan rasa kagum terhadap kebolehan tokoh ini.