Sankranti


Sankranti bermaksud perpindahahan matahari dari satu rāi ke rāi yang lain mengikut rupakara penanggalan Hindu. Terdapat 12 kali Sankranti dalam setahun.

Setiap Sankranti itu ditandai sebagai permulaan bulan yang baru dalam samaya nakatra yang dipakai di negeri-negeri Hindu seperti:
  • Telangana
  • Andhra Pradesh
  • Karnataka
  • Maharashtra
  • Tamil Nadu
  • Kerala
  • Odisha (Kalinga)
  • Punjab
  • Gujarat
Sebaliknya samaya nakatra di Bengal dan Assam, Sankranti ditandai sebagai penghujung setiap bulan dan hari berikutnya itu dikira sebagai bulan baru.

Sankranti-Sankranti Penting
  • Makara
  • Mea.
  • Dhanu.
  • Karka. 
Baki Sankranti Lain
  • Kumbha.
  • Mīna.
  • Vrabha.
  • Mithuna.
  • Siha.
  • Kanya.
  • Tula.
  • Vschika.
Sankranti di Siam

Mereka mengira 12 bulan dalam setahun mengikut rupakara bangsa ayahanda mereka seperti di atas. Bulan yang bilangan harinya cukup 30 hari diperkira dengan pengelasan āyana. Bulan yang berbilangan 31 hari dikelaskan sebagai āgama yang bererti tiba. Bulan kedua, Kumbha mempunyai imbuhan bandha yang bermaksud terikat. Bulan kedua dalam tahun lompat mengikut suryakala digelar adhikasuratin atau bulan bergerak yang ditambah.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam sila ketik, Pengelasan Sankranti mengikut penanggalan Hindu.

Kepentingan 

Kepentingan mengetahui mengenai Sankranti ini adalah untuk:
  • Menyedarkan kita untuk berbuat lebih banyak karma baik dalam tempoh hari Sankranti.
  • Mengetahui upacara-upacara yang boleh dijalankan sepanjang tempoh empat hari menjelang Sankranti.
  • Mengelakkan acara-acara bertuah ketika hari tersebut.