Jumaat, 31 Oktober 2014

Rentetan Peristiwa Makara Sankranti

Om Svasti Astu!



Untuk bulan Januari 2015, perayaan Makara Sankranti akan bermula semula. Perayaan empat hari ini ditujukan untuk dewa Surya. Terdapat 12 kali Sankranti dalam setahun apabila matahari berpindah rāśi (zodiak). Makara Sankranti menandakan berakhirnya musim sejuk, dan bermula musim bunga dengan matahari berpindah ke zodiak Capricorn.

Semua upacara yang dijalankan ketika peristiwa ini merupakan ungkapan penghargaan umat Hindu kepada alam semulajadi yang memungkinkan wujudnya kehidupan di bumi ini. Dewa Surya diberi penghormatan kerana peranannya dalam memberi anugerah tuaian yang baik serta membantu haiwan ternakan untuk hidup. Lembu jantan terutamanya diberi penghormatan disebabkan oleh peranan tradisionalnya dalam membajak ladang.

Rentetan peristiwa ini dirayakan di seluruh benua kecil India. Di India Selatan, di India Utara, di India Barat dan di sebelah India Timur. Bentuk perkiraan umumnya untuk Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
  • Budhvār, 14 Jan 2015, Navami, terbit matahari pada 07:23 dan terbenam matahari pada 19:21.
  • Bhaspati, 15 Jan 2015, Navami, terbit matahari pada 07:24 dan terbenam matahari pada 19:21.
  • Śukravār, 16 Jan 2015, Dasami, terbit matahari pada 07:24 dan terbenam matahari pada 19:22.
  • Śauravār, 17 Jan 2015, Dvadasi, terbit matahari pada 07:24 dan terbenam matahari pada 19:22.
India Utara

Di India Utara, penduduk di situ menyelam untuk bersuci di sungai Ganga pada hari pertama. Beribu-ribu orang berthirtayatra di tempat-tempat suci untuk bersuci sebagai simbol membersihkan diri dari dosa-dosa lampau. Beberapa tempat suci di India Utara adalah seperti di:
  • Haridwar.
  • Banares.
  • Allahabad. 
Di Bengal Barat, penduduk Hindu akan berkumpul di Ganga Sagara Mela dekat ibu negeri, Kolkata untuk bersuci menerusi acara snāna. Komuniti Sikh terutamanya di negeri Punjab dan Haryana turut merayakan pesta Lohri sehari sebelum peristiwa Sankranti. Di negeri Gujarat, hari pertama untuk Makara Sankranti dikenali sebagai Uttarayan. Hari kedua pula dikenali sebagai Vasi Uttarayan. Hari ini ditujukan untuk dewa Surya dan dikira bertuah.

India Selatan

Di Tamil Nadu, penduduk mengenali peristiwa ini sebagai Pongal. Pongal dirayakan penuh empat hari semuanya oleh penduduk Tamil yang beragama Hindu. Peristiwa penting untuk perayaan ini diperkira pada hari pertama, disebut sebagai Thai Pongal. Hari sebelum Thai Pongal dikenali oleh rakan-rakan Tamil sebagai, Bhogi. Berikut adalah hari-hari peristiwa ini mengikut cara orang Tamil:
  • Bhogi.
  • Thai Pongal.
  • Mattu Pongal.
  • Kānum Pongal.
Di Andhra Pradesh, sama seperti di Tamil Nadu juga. Perayaan ini dirayakan empat hari. Sebelum Sankranti, terdapat juga, Bhogi Pandigai. Berikut merupakan rentetan hari Sankranti di negeri Andhra Pradesh:
  • Bhogi Pandigai.
  • Pedda Panduga.
  • Kanuma Panduga.
  • Mukkanuma.
Di negeri Kerala pula, hari pertama mereka untuk peristiwa ini disebut sebagai, Makaravilakku. Pada petang hari, pelita dinyalakan di Pura Ayyappa di bukit-bukit di Sabarimala.

Samacar Lagu

Judul: Makara Sakrama Sūryodhayam
Penyanyi: K. J. Yesudas
Filem: Thārāttu
Tahun: 1981
Negeri: Kerala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan