Memaparkan catatan dengan label ego. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ego. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

Dharma Vacanam: Nirvana

Terjemahan NG
Oleh Bhante Balacitra
Tapak Semadi Orang Cina Hokkien


Namo tassa bhagavato arahato samma sambuddhasak... Tabik kepada Samma Sambuddha yang sempurna dicerahi...

Ada dua jenis ajaan dalam Dharma yang diajari baginda Buddha. Satunya itu adalah ajaran supaya hidup lebih mudah dalam melalui lingkungan samsara. Yang keduanya itu supaya seseorang mencapai ketenangan yang terbesar dan selamanya, kesukaan yang semampu mungkin. Iaitu nirvana.

Bagi memudahkan kehidupan sementara berada dalam samsara, baginda Buddha pun memberi penerangan mengenai karma. Seorang itu mestilah menjalani kebajikan mulia dan mengamalkan ahimsa menerusi tabiat yang baik mulia. Yang ini, aku percaya bahawasanya, ada diajarkan juga dalam ajaran agama lain. Perbuatan baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Buat baik biar berpada, buat jahat jangan sesekali. Ringkas sahaja.

Namun, pengajaran bagi mencapai ketenangan yang tidak lekang, kesukaan tertinggi iaitu Nirvana itu merupakan titik tumpuan utama Samma Sambuddha. Ajaran hanya boleh datang terus darinya atau dari anak murid yang mulia atau dari sesiapa sahaja yang pernah berguru dengan mereka. Pada samaya kita kini, baginda Sakyamuni, Siddharta Gautama merupakan Samma Sambuddha yang terbaru yang hidup sekitar 2500 tahun lampau.

Jalan menuju kepada ketenangan dan keamanan tertinggi, kebahagiaan tertinggi, Nirvana itu ditunjukkan oleh baginda Buddha, menerusi Jalan Lapan Lapis Mulia ditemui semula oleh baginda selepas tenggelam dari dunia beberapa lamanya... Jalan itu adalah pandangan benar, pemikiran benar, pengucapan benar, tindakan benar, kehidupan benar, usaha benar, kesedaran benar dan tumpuan benar....

Kini, ramai orang yang mengamalkan tapa penganut ajaran Buddha. Perkara ini sangatlah baik. Namun, dalam usaha bagi mencapai kebajikan dari pengamalan tapa, maka perlulah pandangan yang benar itu didahulukan. Tanpanya, seseorang itu tidaklah akan mampu mengembangkan pemikirannya, usahanya, kesedarannya dan tumpuannya dengan betul. Seseorang itu boleh juga pergi kepada perkembangan yang salah dalam percakapan benar, tindakan benar dan kehidupan benar (Madhyama Nigaya 117 dan 149).

Pandangan benar, bawah Lapan Lapis Jalan Mulia bererti memahami dengan jelas apakah itu Empat Kebenaran Mulia. Empat Kebenaran Mulia itu adalah....
  • Dukkha, masalah
  • Dukkha Samudaya, asal-usul masalah
  • Dukkha Nirodha, penyelesaian masalah
  • Dukkha Nirodha Gamini Pratipada, jalan kepada penyelesaian masalah
Tujuan utama amalan tapa ajaran Buddha itu adalah untuk menamatkan samsara atau pusingan kelahiran dan kematian. Keadaan ini nanti akan menghabisi ikatan yang akan datang disebabkan oleh keterikatan terhadap pancha skandha.

Samsara itu dukkha. Ia merupakan sejenis penyakit. Kerananyalah banyak kedukaan lain pun timbul. Apabila seseorang boleh memahami kebenaran, maka dia pun memahami kedukaan. Maka, dia akan bertapa dengan tujuan mencapai matlamat yang benar; iaitu penghapusan samsara, penghabisan kepada segala masalah duniawi.

Apa sahaja yang termasuk dalam kewujudan alam semesta ini, akan bergantunglah kepada syarat. Apa saja yang timbul bergantung kepada syarat-syarat kewujudan itu adalah tak abadi semua kerana syarat itu sendiri tidak abadi dan sementara saja. Begitu juga, pancha skandha itu wujud kerana syarat-syarat dan disebabkan itulah ia sementara sahaja (Samyutta Nikaya 36.8).  

Sebab tidak sedar mengenai hal ini, maka manusia yang tidak dicerahi jiwanya itu terikat kepada pancha skandha. Bila manusia suka hati, meeka pun cenderung kepada "menjadi". Bila gembira, mereka menolak "menjadi" pula. Apabila bosan, mereka mahukan kesenangan deria. Jadi, kehendak-kehendak melibatkan pancha skandha ini syaratnya itu adalah bergantung. Syarat bergantung itu adalah "menjadi" yang kemudiannya menjadi syarat pula kepada "kelahiran". Kelahiran itu adalah syarat-syarat bagi usia tua, kesakitan, kematian, seluruh jisim kedukaan.

Di samping itu, apabila seseorang itu memahami hakikat yang disebutkan itu, ciri-ciri pancha skandha tidaklah lagi akan kelihatan kepadanya seperti sebelumnya; terikat kepada perkara-perkara tersebut sebelum ini sebagai "ini aku punya", "aku adalah ini" atau "inilah diri aku". Makanya, peningkatan akal dan keinginan bagi kesenangan deria, keinginan kepada "menjadi", keinginan kepada "tak menjadi" akan turut terhakis daripada pencapaian seperti sebelumnya. Seseorang itu makanya memahami Kebenaran Mulia yang ketiga.

Apabila seseorang itu memahami bagaimana datangnya kedukaan itu dan bagaimana terhapusnya kedukaan, ertinya dia sudahlah memahami Pratitya Samut Padam iaitu Hukum Asal-Usul Kebergantungan.

Selepas tahap ini, pandangan seseorang itu makanya sudahlah benar. Begitulah seterusnya pikirannya, usahanya, kesedarannya dan tumpuannya. Seseorang itu hanya perlu beramal lebih gigih bagi menghapuskan pencemaran yang tersembunyi dalam jiwa, bagi menghapuskan segala masalah, dan menghabisi samsara. Maka tiada lagi kemurungan; tiada lagi kesayuan; tiada lagi raungan; kesakitan; rintihan dan kekecewaan; tiada lagi masalah. Yang ada hanya ketenangan, keamanan dan kesukaan tertinggi. Itulah Nirvana. Keluar dari semak samun duniawi.

Selasa, 22 Januari 2013

Sashtanga Namoskar


Namoskar ini adalah sejenis sembah yang mana anga atau bahagian tubuh menyentuh tanah. Jenis namoskar sebegini ada beberapa cabang pula misalnya seperti dandakara namoskaram, udandam namoskaram dan lain-lain.

Perkataan danda maksudnya "kayu". Dandara namoskaram bermaksud seseorang itu meniarap atas tanah seperti kayu yang jatuh. Ia adalah perlambangan bahawa seseorang itu lemah dan menyampaikan kepada Tuhan bahawa seseorang itu perlu bantuan, lemah bagaikan kayu yang jatuh dan memohon perlindungan. Ia juga merupakan lambang sharanagati pada "kaki" Tuhan. 

Namoskara juga merupakan satu bentuk pemusnahan ego. Apabila seseorang jatuh daripada kedudukan berdiri, dia akan terluka. Apabila jatuh semasa duduk, orang itu akan cedera juga. Lihat kepada kedudukan sashtanga namoskar, apabila berada di bawah kita tak akan jatuh lagi dan tak ada persoalan sama ada kita akan tercedera lagi akibat terjatuh. Makin tinggi kedudukan, maka kesan dia jatuh pun akan makin teruk. Nasib orang yang berkedudukan tinggi pun begitu lah juga halnya. Sedikit sahaja tersilap, tergelincir dan jatuh maka payah lah hendak bangun atau kembali ke kedudukan tinggi tadi. Bebanan terbesar bagi seseorang itu adalah deria ego nya sendiri iaitu sikap ke'aku'an nya. Buangkan sikap ego dari diri, maka aman lah hidup. 

Namoskar kriyam merupakan bantuan terbaik bagi membuang bebanan ego tersebut dari diri. Oleh itu, sashtang namoskar merupakan satu proses membuang ego dan mengembangkan sikap merendah diri. Jika kepala direndahkan oleh orang lain secara paksa, maka ia adalah suatu penghinaan. Tapi jika kita merendahkan sendiri diri kita, maka ia adalah satu penghormatan. Ia dikenali sebagai vinaya sampath iaitu kerendahan diri itu merupakan satu kemewahan. 

Tujuannya merendahkan kepala adalah untuk melepaskan diri dari "bebanan kepala" dan keangkuhan pemikiran. Apabila menjalankan namoskar ini di hadapan orang tua, sannyasin, guru dan orang alim, yang kali keduanya itu adalah "wahana" puja kita kepada Tuhan. Orang yang menerima namoskar pula tak boleh beranggapan bahawa namoskar tersebut adalah hak miliknya. Sebaliknya namoskar tersebut bukan ditujukan kepada dirinya. Dia cuma wahana pembawa namoskar tersebut kepada Tuhan dan memuja Tuhan pula bagi pihak orang yang bernamoskar di hadapannya.