Memaparkan catatan dengan label kerajaan srivijaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan srivijaya. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Jun 2014

Senarai Maharaja Srivijaya


Senarai Maharaja

Mahkota Palembang

Dapunta Hiyang Jayanasa, bersemayam di ibu kota, pemerintahan dari 683-702 M.
Sri Indravarman, pemerintahan 702-728 M.
Sri Rudravarman, memerintah sekitar 728-748 M.

Tempoh seterusnya tiada catitan lanjut sehingga 775 M iaitu tempoh berlakunya serangan Srivijaya di Segenting Kra dan Tanah Melayu...

Mahkota Jawa Tengah

Sri Vishnu Dharmasetu, tempoh mula memerintah tidak kedapatan.
Dharanendra, memerintah 775-782. 
Samaragravira, 782-792 M.
Samaratungga, 792-835 M.
Balaputradeva, 835 M.... Kembali ke Palembang semula.

Mahkota Palembang

Sri Udayadityavarman, 960-980 M.
Sri Haji, 980-988 M.
Sri Culamanivarmadeva, 988-1006 M.

Srivijaya diserang oleh Prabhu Dharmawangsa Teguh dari Kahuripan dalam pemerintahan Culamanivarmadeva.

Sri Maravijayotungga, 1006 (1008)-1017 M, baginda membangun Biaro Chudamani di pelabuhan Nagapatnam, India.
Sumatrabhumi, 1017-1025 M.
Sangrama Vijayo Tungga, 1025-1028 M, ditawan tentera Chola.
Sri Deva, 1028-1078 M. 

Mahkota Tamil Nadu

Cholawangsa

Kulotungga Chola I, 1078-1156.
Raja Raja Chola II, 1156 memerintah negara kota Kedah terus dari Tamil Nadu sebelum memindahkan pasak mandala ke Srivijaya di Palembang.

Mahkota Jambi Bhumi Malayu

Maulivarmadevawangsa

Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Varmadeva, 1183-1275 M, dari negara Dharmasraya Malayu.
Srimat Tribhuvanaraja Mauli Varmadeva, 1286 M.... Sekitar 1275-1293 M, ekspedisi Pa Malayu berlangsung di Sumatera Selatan.

Selasa, 25 Disember 2012

Cakera Senjata Tajam V


 60. Kita ini pakar sekali dalam mengumpan orang lain bila meminta bantuan. Tapi kita selalu pula mengadu, kita sedih dan tertekan. Wang yang kita kumpul kita tidak mampu berpisah dengannya; Seperti si bakhil, kita menyoroknya dan berasa kita ini fakir. Pijak dia, pijak dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

61. Kita berbuat sedikit sahaja yang memberi faedah kepada yang lain. Tapi kita selalu mengingatkan diri kita bahawa sudah banyak kita lakukan. Kita tak pernah mencapai suatu apa pun dalam hidup kita. Tapi masih berlagak dan bersembang besar, penuh angkuh berkata-kata. Pijak lah dia, pijak lah dia, menarilah atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan! 

62. Kita ada banyak guru hebat dan pakar berpengetahuan yang memberi petunjuk kepada kita. Tapi kita mengabaikan tanggungjawab kita, meninggalkan ajaran mereka! Kita ada banyak pelajar, tapi kita tak berjumpa membantu mereka. Kita tak rasa terpanggil pun untuk beri nasihat. Pijaklah dia, pijaklah dia, menari atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan! 

63. Kita berjanji untuk membuat pahala gemilang. Tapi dalam pengamalan sedikit sahaja bantuan kita berikan. Kemahsyuran rohaniah kita tersebar jauh dan meluas. Namun, di dalam semua pemikiran kita itu menjijikkan. Bukan sahaja kepada para dewa, tetapi juga kepada para setan dan hantu-hantu. Pijaklah dia, pijaklah dia, menari atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan! 

64. Kita baca sikitlah sangat, dengar hanya beberapa ajaran. Namun bercakap seolah-olah kita ini bertauliah tentang kekosongan. Pengetahuan kita tentang kitab-kitab pun kurang. Namun dengan fasihnya kita membuat-buat cerita dan berkata sesuka hati kita. Pijaklah dia, pijaklah dia, menari atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan!

65. Kita ada ramai pengasuh dan orang sekeliling kita. Namun tiada siapa patuh atau memberi perhatian kepada kata-kata kita. Kita berasa kita ada kawan-kawan berpangkat berkuasa. Namun bila kita perlu bantuan, kita cuma terkapai-kapai keseorangan. Pijaklah dia, pijaklah dia, menari atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan!  

66. Kita mencapai kedudukan tinggi dan kedudukan berprestij. Tapi pengetahuan kita teruk lagi daripada pengetahuan seekor hantu. Kita dianggap sebagai guru agung, walaupun sebenarnya setan pun tak pernah berdendam sebegitu mahupun terikat teruk kepada nafsu mementing diri. Atau pun berfikiran tertutup hanya berfikiran dengan yang di sekeliling seperti kita. Pijaklah dia, pijaklah dia, menari atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan!  
  
67. Kita bercakap tentang teori dan ajaran-ajaran yang paling maju. Tapi hari-hari kelakuan kita ini teruklah daripada kelakuan anjing. Kita ini terpelajar, cerdik, dan faham banyak pengetahuan hebat-hebat. Namun, kita membiar begitu sahaja hikmat dasar akhlak ditup angin. Pijaklah dia, pijaklah dia, menari atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Walaupun tidak dicucuk, tapi kita tetap mengkritik orang lain. Dan sesuka hatinya kita menuduh mereka dengan kesalahan yang kita punyai. Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan!  

68. Kita bernafsu mementingkan diri dan bersikap panas baran! Yang membarah dalam kita, kita tidak lah akan mengakunya! Pijaklah dia, pijaklah dia, menari atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan!  

69. Kita memakai jubah kuning sami Buddha, tetapi memohon perlindungan kepada roh-roh dan dewa-dewa dalam dunia. Kita menjanjikan untuk menjaga sumpah pattimokkha dengan ketatnya. Tapi perbuatan kita mengikut kepada perbuatan setan-setan, cara yang durjana! Pijaklah dia, pijaklah dia, menari atas kepalanya! Koyaklah keluar si penyembelih pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri sendiri! Yang kerjanya menyembelih peluang terakhir kita mencapai kebebasan! 

Ada empat bahagian lagi sebelum ke penamat kawi ini........

Rabu, 10 Ogos 2011

Asal Usul Istilah Suvarnabhumi

Rujukan kepada Suvarnabhumi wujud dalam pelbagai penulisan purba dari India, Sri Lanka, Yunani, Latin, Arab, dan China. Perkataan ini juga muncul dalam teks Ramayana yang dikarang sekitar abad ke-3 SM dalam bentuk Suvarnadwipa atau Suvarnabhumi yang merujuk kepada kawasan geografi di Asia Tenggara.

Teks India purba Arthasastra dari Kautilya (s. 300 SM) menyebut bahawa Brahmin Sanka pernah belayar dari Varanasi ke Suvarnabhumi di Asia Tenggara. Teks purba lain, seperti Kathakosa menceriterakan cetera Nagadutta yang pergi ke Suvarnabhumi dengan lima ratus kapal untuk menjalankan perdagangan penuh laba.

Ahli geografi Latin pertama yang membuat rujukan kepada lokasi di Asia Tenggara adalah Pomponius. Beliau merujuk pulau itu sebagai pulau emas atau chryse dalam karyanya, De Chronografia (s. 45 M). Ahli matematik dan kaji bintang Yunani, Claudius Ptolemy yang bekerja di Iskandariah dalam abad ke-2 M merujuk dengan istilah Chryse Chersonesos kepada kawasan yang dikenalpasti oleh cendekiawan sebagai Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.

Batu bersurat Amoghapasa bertarikh 1208 tahun Saka (1286 M) merujuk Sumatera sebagai Suwarnabhumi manakala lawannya pulau Jawa sebagai Bhumijawa. Walaupun istilah Suvarnadwipa selalunya merujuk kepada pulau Sumatera, namun ramai penulis Arab mengkelaskan seluruh kawasan kepulauan Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada Suwarnabhumi.

Dalam satu manuskrip Nepal purba pula terdapat satu gambar yang diberi judul Suvarnnapure Srivijayapure Lokanatha atau Rupa Lokanatha di Sriwijayapura dalam Suvarnnapura yang merujuk kepada kerajaan Srivijaya yang merupakan kuasa besar di Asia Tenggara. Selewat abad ke-16 M, dilaporkan pula bahawa seorang sami Buddha bernama Buddhagupta ada melawat dua pulau yang dipanggil sebagai Suvarnadwipa di timur lautan India.

Dalam tahun 1478, raja Dharmaseti dari kerajaan orang Mon iaitu kerajaan Ramannadesa mendirikan 10 batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Mon dan bahasa Pali. Batu bersurat itu menyatakan bahawa kerajaannya juga dikenali sebagai Suvarnabhumi. Batu bersurat tersebut dikenali oleh cendekiawan sejarah dan kaji purba sebagai Kaliyani Sima. Batu bersurat tersebut berkisar dengan pembaharuan yang telah dijalankan oleh sang raja untuk memurnikan ajaran Buddha aliran Theravada di kerajaannya. Menurut punca Tibet, ada dua orang sami Tibet iaitu Dharmmapala (abad ke-7 M) dan Dipankara Atisa (abad ke-11 M) melawat Suvarnadwipa.

Suvarnabhumi dan Ajaran Buddha

Suvarnabhumi ada juga disebut dalam banyak teks Buddha aliran Theravada misalnya seperti Milindapanha Mahaniddesa dan sastera Jataka. Dalam hikayat Mahawangsa Sri Lanka (abad ke-4 M), dinyatakan bahawa selepas penutup kepada Perhimpunan Penganut Buddha Ketiga, dua orang sami iaitu Sona dan Uttara dihantar ke Suvarnabhumi bagi menjalankan kegiatan penyebaran ajaran Buddha.

Dapat juga diketahui dari batu bersurat yang aliran Buddha Theravada sudah wujud di Burma Bawah sejak abad ke-5 M lagi. Menurut punca laporan China bertarikh sekitar tahun 240 M, wujud sebuah kerajaan penganut Buddha diberi nama Lin Yang. Ramai sarjana berpendapat bahawa kerajaan ini merupakan kerajaan orang Pyu di Beikthano jaraknya kira-kira 300 km ke utara Yangon hari ini. Laporan yang sama dari punca penulisan China juga menyebut bahawa satu lagi kerajaan dikenali sebagai Chin Lin atau Kubu Keemasan terletak dekat dengan teluk yang luas. Kerajaan ini dikenalpasti oleh sarjana sebagai kerajaan orang Mon berpusat di Thaton.

Rujukan dan Bacaan Tambahan


1. Kanai Lai Hazra, History of Theravada Buddhism in South-East Asia,Munshiram Manoharlal, 1982, page 58.
2. Dr. R. C. Majumdar, Ancient India' Colonies in the Far East Vol 2', Asoke Kumar Majumdar, 1937, page 39 & 46.
3. Paul Wheatley, The Golden Khersonese',University Of Malaya Press, 1961, page 179.
4. Dr. Balaram Tripathy, Early Historic Cultures of Orissa, Orissa Review, India, April 2007, page 12.
5. Damodar.P. Singhal, India and World Civilization, Michigan State University Press, 1968, page 80-98.
6. Govid Chandra Pande, India’s Interaction with Southeast Asia,Project of History of Indian Science, Philosopgy, and Culture, 2006, page 89.
7. W. J. Van Der Meulen, Suvarnadvipa and the Chryse Chersonesos, Indonesia, Vol. 18, 1974, page 1 & 4.
8. Muljana, Slamet, 1981, Kuntala, Sriwijaya Dan Suwarnabhumi, Jakarta: Yayasan Idayu, hlm. 223.
9. Dr. R. C. Majumdar, Ancient India' Colonies in the Far East Vol 2', Asoke Kumar Majumdar, 1937, page 45, 46, 47 & 48.
10. Aye Chan, The Nature of Land and Labour Endowments to Sasana in Medieval Burmese History, Southeast Asians Studies, Vol. 26, No. 1, June 1988, page 93.
11. Translated by Wilhelm Geiger, Mahavamsa : The great chronicle of Ceylon', Pali Text Society, 1912, Page 82 and 86.
12. Bob Hudson, The Origins of Bagan, Thesis for University of Sydney,2004, page 36.
13. Elizabeth Moore, Interpreting Pyu material culture: Royal chronologies and finger-marked bricks, Myanmar Historical Research Journal, No(13) June 2004, pp.1-57, page 6 & 7.