Ahad, 14 April 2013

Arti Kata: Sadhaka


Sadhaka சதாக ini artinya seseorang yang menurut kepada sadhana tertentu atau cara hidup yang terbentuk bagi mencapai tujuan utama kehidupan, sama ada untuk bersatu dengan Brahman atau pun untuk menyedari kehadiran ista dewata nya.

Perkataan ini berkaitan dengan perkataan bahasa Sanskerta, சாது sadhu yang terbit dari kata kerja சாத sadh - yang membawa arti menyempurnakan. Selagi seseorang itu masih belum mencapat tujuannya, maka dia adalah seorang sadhaka. Orang yang sudah mencapai tujuan tersebut maka dia digelarlah sebagai சித்த siddha. Dalam penggunaan bahasa terkini, sadhaka sering digunapakai sebagai satu sabdawali untuk pengamal sebarang ajaran agama tanpa mengira dia itu beragama Hindu atau lain-lain.

Pada samaya pertengahan, ia sebenarnya mempunyai arti rujukan yang lebih sempit iaitu sebagai sabdawali wisesa bagi merujuk orang sudah melalui kenaikan yang tertentu dalam keagamaan. Tradisi penganut istiadat Hindu, ajaran Jina, dan ajaran Buddha aliran Wajrayana menggunakan perkataan ini bagi merujuk kepada orang-orang yang cuba untuk masuk ke sempadan kerohanian atau pun orang yang cuba mencapai tujuannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan