Ahad, 14 April 2013

10 Jenis Perahan Buah

Tajuk panjang aku untuk segmen kesihatan kita ini adalah 10 jenis perahan buah yang menyembuhkan 10 jenis penyakit. Perahan buah dianggap sebagai bagus untuk kesihatan namun jaranglah diberikan penghargaan sewajarnya oleh orang ramai. 

Ia mempunyai kesan serampang dua mata yang melembutkan putik rasa dan juga mempunyai keajaiban tersendiri apabila ia menyembuhkan penyakit. Perahan buah-buahan boleh kita gunakan sebagai ubatan semulajadi yang merawat banyak jenis penyakit. Walaupun sesetengah perahan buah itu tidaklah seenak yang lain, namun kebaikannya terhadap kesihatan sangatlah banyak. 

Perahan Lobak Merah


Berguna untuk menyembuhkan selesema. Yang aku dengar juga, lobak merah berguna untuk membaiki penglihatan jika dimakan begitu sahaja atau dikunyah-kunyah untuk diambil zatnya oleh tubuh. Nama bahasa Sanskerta, yawana.

Perahan Timun


Perahan timun digunakan untuk merawat penyakit batu karang yang menyebabkan kesakitan pada pundi kencing seseorang. Nama bahasa Sankerta, kerkati.

Perahan Lemon


Perahan limau boleh digunakan untuk merawat masalah sembelit susah membuang air besar. Jika menghidapi sembelit maka minum sahaja perahan lemon. Nama bahasa Sanskerta, jembira.

Perahan Anggur


Perahan anggur berguna untuk merawat masalah pecah mulut. Jika cuaca kering bolehlah meminum perahan air anggur supaya pecah di mulut itu tidak berlarutan. Nama bahasa Sanskerta, draksapalam.

Perahan Peria


Berguna bagi merawat penyakit kencing manis. Jika diminum secara malar setiap hari dan mematuhi pantang larang maka penyakitnya akan mudah dirawat. Nama bahasa Sanskertanya, ketela.

Perahan Air Tebu


Perahan air tebu bagus untuk mengubati penyakit kekuningan atau dalam bahasa Inggerisnya penyakit jaundice. Nama bahasa Sanskertanya, iksu. Perahan air tebu dikenali sebagai iksurasa

Perahan Nenas


Perahan nenas boleh diminum jika menghadapi masalah pedih ulu hati. Jika terlebih makan sampai pedih hulu hati maka minumlah sedikit perahan air nenas yang asli. Nama Sanskerta buah ini, anasa.

Perahan Tembikai Merah


Perahan tembikai merah sangat berguna untuk mengubati masalah jerawat di badan atau muka. Tetapi ada pantangnya, apabila anda minum perahan air tembikai janganlah ambil madu lebah. Sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian kerana kedua-dua bahan ini adalah bahan yang "panas". Nama Sanskertanya Kalinggam

Perahan Air Bayam


Sayur bayam boleh digunakan bagi mengubati penyakit kekurangan darah merah. Bagi mereka yang tidak dibenarkan memakan daging disebabkan oleh jatinya misalnya seperti kaum Brahmana maka janganlah memakan daging. Ambil sahaja sayur bayam yang tumbuh meliar dan kisarnya untuk mendapatkan air perahannya. Nama Sanskerta sayur bayam adalah palaka.

Perahan Bawang Puteh atau Lobak Puteh



Kedua-dua perahan dari tumbuhan jenis akar ini boleh digunakan untuk merawat masalah kecacingan. Jika tidak mau bergantung kepada ubat-ubatan hospital maka bolehlah menggunakan rawatan siddha ini. Minum air perahan kedua-dua jenis tumbuhan ini. Nama Sanskerta untuk bawang puteh adalah lasuna manakala nama Sanskerta bagi lobak puteh adalah mulaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan