Terjemahan ke bahasa Melayu oleh NG
Kebaktian kepada Nya bukanlah bermakna meninggalkan mata benda secara mutlak. Kebaktian itu artinya membungakan segala kemampuan kita membajainya supaya mekar berkembang. Dharma yang benar tidaklah menyuruh seseorang itu meninggalkan pekerjaan atau tanggungjawabya di loka ini. Dharma mengajarkan supaya seseorang itu menghapuskan gangguan pada jiwa, mencantas segala kesalahan satkěrti serta moha.
Sadhana atau penebusan itu artinya mengerah tenaga sejak awal pagi sampai ke petang. Bukan semata-mata pembacaan mantra. Pembacaan mantra itu bukanlah sadhana. Tiada seorang pun yang gembira di loka ini seperti seorang sadhaka yang menurut sadhana. Seorang biasa itu adalah seorang yang moha. Moha membawa kepada ahamkara. Ahamkara membawa kepada ketakutan. Ketakutan membawa kepada kekeliruan. Kekeliruan itu terjadi disebabkan seorang itu mempunyai banyak kehendak keinginan. Disebabkan ingin kepuasan dari trěsna maka seseorang itu mempunyai perangai. Disebabkan oleh perangai maka seseorang itu mengambil jelmaan demi jelmaan dan menderita kesedihan dan kesakitan pada jiwa.
Untuk suko gembira sepenuhnya itu maka haruslah seseorang itu mencabut terus akar kepada moha, ahamkara dan kekeliruan dengan cara yang diterangkan oleh para guru. Puja kebaktian dan mencurahkan perasaan kepada Sang Iswara merupakan wahana bagi membawa seseorang ke arah pemurnian pikiran. Ia membantu menghapuskan pemikiran kotor yang jahat.
Seseorang itu tidak haruslah menyembunyikan segala sesuatu dari Sang Guru. Haruslah dia mencurahkan segalanya kepadanya. Sada guru mengetahui segalanya. Namun, haruslah seseorang itu menceterakan segalanya juga kerana ia membantu orang itu sendiri bagi menghapuskan kejahatan pada pikirannya. Seseorang itu haruslah mengakui segala kesalahan dosa papanya itu di hadapan Nya.
Seseorang itu mungkin tinggal di mana-mana sahaja tetapi apabila seseorang itu menjadi anak siksya guru maka dia haruslah berada pada kebaktian kepada gurunya dan menjalankan sadhana. Jika dijalankan sadhana itu bersama dengan perasaan murni terhadap para guru, maka kehidupannya itu akan berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan