Marilah kita belajar perbendaharaan kata bahasa Sanskerta.... Perkataan kita pada petang ini adalah kaumara. Pastinya sesetengah orang mengetahui kaumara ini turut merujuk kepada satu aliran agama Hindu yang memuja dewa Skandha. Dewa Skandha juga dirujuk sebagai Sang Kaumara dan lain-lain nama.
Ejaan tulisan Brahmi Tamilnya adalah கௌமார sementara ejaan tulisan Dewanagrinya adalah कौमार...
Kaumara mempunyai beberapa arti seperti yang tercatat dalam sastera agama Hindu misalnya:
1. கௌமார Kaumara - Yang membujang (Srimad Bhagawatam 8.1.22)
2. கௌமார சாபளம் - Kaumara Capalam Masa senggang kanak-kanak yang lincah (Srimad Bhagawatam 10.8.28)
3. கௌமாரஜம் கர்ம Kaumarajam Karma - Yang dijalankan semasa berusia kanak-kanak atau lima tahun (Srimad Bhagawatam 10.12.37)
4. கௌமார Kaumara - Samaya kanak-kanak (Srimad Bhagawatam 11.22.47)
5. கௌமார Kaumara - Samaya kanak-kanak (Sri Caitanya Caitamerta Adi 4.112)
6. கௌமார Kaumara - Samaya kanak-kanak (Sri Caitanya Caitamerta Adi 4.113)
7. கௌமார ஹரஹ் Kaumara Harah - Pencuri hatiku ketika remaja (Sri Caitanya Caitamerta Madhya 1.58)
8. கௌமார ஹரஹ் Kaumara Harah - Pencuri hatiku ketika remaja (Sri Caitanya Caitamerta Madhya 13.121)
9. கௌமார ஹரஹ் Kaumara Harah - Pencuri hatiku ketika remaja (Sri Caitanya Caitamerta Antiya 1.78)
Maaf aku tidak menyertakan sekali bunyi tulisan Dewanagrinya. Sabha Hindu di negara aku kebanyakan menggunakan bahasa Tamil dalam arus pendidikan sedangkan tulisan Dewanagri tidak banyak dimengerti orang. Aku sebenarnya lebih mahir dalam tulisan Dewanagri tapi rasanya tidak salah menggunakan tulisan Brahmi Tamil sebagai menghormati guru-guru dan kaum brahmana agama Hindu yang berbahasa Tamil. Jika ada kesilapan harap rakan-rakan betulkan pada bunyi tulisan Brahmi itu. Aku sangat menghargai bantuan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan