Sabtu, 27 April 2013

Bab Terbitan Maitri

 

Swasti Srih!!!

Maitri ini adalah perkataan bahasa Sanskerta untuk perkataan bahasa Bali yang bererti cinta kaseh sayang, keramah-tamahan, persahabatan, kebajikan, kebaikan, penyatuan pemikiran pada gelombang yang sama dan kebajikan sesama sendiri dalam diri yang lain.

Maitri ini merupakan salah satu perkara paramita atau kesempurnaan dalam ajaran Buddha menurut aliran Langkawangsa. Ia juga adalah yang pertama sekali bagi keadaan halus atau Brahmawiharam. Ini kita sebut sebagai cinta kaseh tanpa terikat, sabdawalinya itu upadana.

Penuaian maitriya bhawana atau sifat cinta kaseh ini sangatlah terkenal dalam tapa semadi masyarakat Buddha. Yang ini, aku juga sudah terbiasa. Jadi aku cuba berkongsinya dengan lapangan berbahasa Melayu. Dalam tradisi Buddha Theravada, amalan ini bermula dengan si pertapa itu mencintai dirinya sendiri dahulu. Kemudian mengembangkannya kepada mereka yang terdekat pula seperti ibu-bapa, rakan-rakan, orang asing, seteru, dan akhirnya itu akan mencintai seluruh makhluk berhati nurani.

Dalam tradisi masyarakat Buddha di sebelah Tibet, amalan ini dikaitkan dengan tonglem, iaitu nyawa keluar menghantar kesukaan dan nyawa masuk menerima kesengsaraan. Pengamal dari kawasan Tibet juga mengamalkan renungan Brahmawiharam, yang disebut sebagai Empat Tiada Terukur. Kadangkala dipanggil Tapa Belas Kesihan. Tapa jenis ini merupakan juga bidang saintifik semasa yang menunjukkan kesan belas kesihan serta perkaitannya dengan amalan tapa semadi. Sebenarnya benda ini semua sudah lama diketahui jika dibandingkan dengan ilmu kejiwaan moden atau psikologi yang dipelopori dari Barat. 

Di Siam sebenarnya ada penghormatan diberikan kepada kaum Brahmana tapi sekarang ini aku menyedari dalam kalangan penganut Buddha di sebelah Siam dan sempadan dengannya ada yang sudah terpengaruh dengan gerakan Tuan Ambedkar Rao. Aku sangat menghormati ketokohan tokoh itu tetapi aku kurang gemar merendahkan kedudukan kaum Brahmana. Pengalaman tuan yang berbahagia Ambedkar Rao tidaklah sama dengan pengalaman makhluk yang lainnya maka harus kita memerhatikan juga pengalaman kita sendiri menurut kata baginda guru yang mulia, Phra Buddha Gautama. Kita tidak merendahkan weda-weda sebaliknya kita berpandukan kepada petunju Phra Guru itu untuk sesama muhibah dengan makhluk lain.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan