Jumaat, 26 April 2013

Brahmana Sakadwipi


Itihasa

Ada bukti-bukti yang menyatakan bahawa kelompok Brahmana Sakadwipi ini berasal dari Saka Dwipam seperti dalam rujukan Brahma Purana. Dikatakan bahawa Saka Dwipi terletak di Asia Tengah dan raja-raja Hindu memanggil mereka untuk menjalankan pemujaan kepada matahari. Nama rujukan lain kaum Brahmana ini adalah Brahmana Maga. Mereka merupakan kelompok bangsa yang memuja matahari dan dewa Surya. Dewa Surya menjadi wakil kepada kuasa terang dan siang. Kelompok Brahmana ini menghasilkan banyak perkara dalam kebudayaan Brahmana yang terkemudian.  

Pemujaan Matahari

Walaupun bilangan mereka sangat sedikit tetapi mereka ini adalah kelompok jatiniyam yang mewah dan selalunya mereka memakai nama keluarga Magadha. Dalam purana, seloka "maga brahmana bhuwista" menjadi bukti kepada hal ini. Para pengamal ayurweda dari Saka Dwipa memulakan Chhatha Puja yang mengikat kain-kain dari Bihar dan menulis "Bhawa Perkasa" iaitu risalah mengenai ayurweda. Perkara ini didedahkan oleh Bhawa Misra dan Magha Darpanam dalam P.T Pathak mengenai Brahmana Saka Dwipam (2004). Sabdawali Magha dan Saka Dwipa ditemui juga dalam sastera weda dan ada sastera lain menyebut tentangnya. Sebelum kemasukan orang Islam ke benua Hindu, para Brahmana sudah lama melalui proses penempatan dan memakai nama tempatan serta bahasa tempatan. 

Asal-usul pemujaan matahari di benua Hindu berusia beberapa abad lamanya. Brahmana Saka Dwipa atau Brahmana Magha merupakan perintis kepada pemujaan matahari dan juga tataperubatan Ayurweda. Waramihir yang merupakan ahli nujum terkenal berasal dari kaum Brahmana kelompok ini. Mahaguru Chanakya yang menjadi penasehat empayar Maurya pun adalah seorang Brahmana Magha yang menjadi pedanda surya dewata.

Rujukan Weda

Sastera weda dalam agama Hindu merujuk matahari sebagai rumah simpanan kuasa yang tak pernah haus dan sinarannya terus gemilang. Dewa yang mewakili matahari disebut sebagai Sang Surya atau Sang Adittiya. Weda mempunya bacaan yang menggambarkan tentang tubuh kahiyangan ini sebagai salah satu punca yang memberi kehidupan di bumi. Kaum Brahmana dari pelbagai gotram, prawara dan saka pecahan aliran weda yang menjalankan upacara srauta pernah berpenempatan beramai-ramai di negeri Bengal pada abad ke-6 dan ke-7 M.  

Brahmana Bengal

Bilangan mereka meningkat lagi dengan penambahan pendatang dari India Utara yang masuk beramai-ramai ketika itu. Terdapat banyak parasasti dari abad ke-8 sampai ke-12 M merujuk penempatan para Brahmana dari Lata di Gujerat, Madyadesam dan beberapa penempatan di Krodanchi (Kolancha, Tarkari di Srawasti, Muktawastu, Hastipada, Matchawasa, Kuntira dan Chandrawara. Masa berlalu, para Brahmana di Bengal pun terpecah pula kepada beberapa cawangan seperti cawangan Radhiya, Warendra, Waidika dan Sakadwipi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan