Selasa, 23 April 2013

Brahmana Puspaka


Brahmana Puspaka atau pun Puspaka ini merupakan kelompok jati Brahmana yang berdiam di negeri Kerala. Mereka menjalankan tugasan pelbagai dalam koil, walaupun tidak menjalankan upacara keagamaan memegang peranan pedanda.

Puspaka ini bergantung dengan pemberian dana koil dan dilindungi oleh pentadbiran koil. Ada empat pula cawangan jati Brahmana Puspaka iaitu Unni, Nammbisan, Brahmani-Daiwampatti dan Pilappalli.

Pengenalan

Puspaka atau Nambissan menjalan kegiatan di koil seperti mengajarkan sastera agama, membuat bunga malai dan juga menyalakan pelita koil. Mereka tidak dibenarkan menjalankan tugasan pedanda dalam sri koil di dalam kompleks pemujaan. Walaupun mereka mempelajari dan berpengetahuan dalam sastera Sanskerta, seloka dan mantera, serta menjadi guru-guru di pathasala yang berkaitan dengan koil tapi mereka bukan dari kelompok pedanda. Mereka ini menjalankan tugaasan pedanda dan upacara untuk orang luar jati mereka bagi mewakili pedanda Brahmana Nambudiri. Mereka juga menjadi penyampai kesenian koil seperti Thiyattam dan Brahmanippattu.

Pengelasan

Kelompok Brahmana Puspaka ini dianggap sebagai kelompok pertengahan di antara Brahmana dan Kesatria. Mereka dipercayai mempunyai kedua-dua ciri Brahmana dan Kesatria. Selalu juga dikenali sebagai Arddha Brahmanar atau pun separa Brahmana. Brahmana Puspaka sama seperti kelompok Brahmana lain seluruh India seperti Brahmana Niyogi di Andhra Pradesh, Brahmana Chitpawan di Maharastra, Brahmana Bhumihara di Behar, Brahmana Mohiyal di Punjab atau Brahmana Tiyagi di Uttar Pradesh. Kelompok Brahmana ini semuanya mempunyai kedudukan yang setara sebagai Ambalawasi di negeri Kerala. Bagi luar India kurang pastilah kita. Itu kena ditanya kepada penduduk di tempat-tempat itu pula. 

Kepelbagaian Nama Keluarga

Brahmana Puspaka biasanya menggunakan nama keluarga Sharma. Tapi ada juga cawangan keluarga yang memakai nama keluarga lain. Yang biasa seperti Unni dan Nambisan. Ada juga nama keluarga Nambi dan Nambidi dipakai. Nambisan banyak dipakai di utara dan tengah negeri Kerala. Unni pula banyak diguna di tengah dan selatan negeri Kerala. Setengah Brahmana Puspaka dari Thripokkudam dan Waikom di Kottayam dihormati dalam pelbagai jenis pemujaan. 

Sewaka Koil

Brahmana Puspaka merupakan pekerja di koil dan bukannya kelompok jati Brahmana kelas atasan seperti Brahmana Nambudiri. Pada masa lalu, mereka ini banyak tinggal di perumahan koil dan dilindungi pihak koil. Mereka ini hidup secara ringkas saja dan dengan belas kesihan koil. Antara sewaka koil yang dijalankan oleh Brahmana Puspaka adalah...
  • Mengajar sastera bukan weda seperti Ayurweda, bahasa Sanskerta, Nyaya atau ilmu logika, sastera babad seperti Mahabharata dan Ramayana di koil atau di rumah mereka yang kita sebut sebagai matham.
  • Membuat bunga malai bagi menghiasa vigraham dan kazhakam.
  • Membersihkan koil dalam.
  • Menyalakan pelita koil.
  • Memegang dipam dalam upacara koil.
  • Membahagikan thirtham, cendana dan lungsuran untuk anak bakti.
  • Menjalankan tugasan pedanda bagi jati bawahan.
Bentuk Kesenian Puspaka

Sumbangan kelompok Ambalawasi di negeri Kerala dalam warisan kesenian Hindu di India sangatlah ketara dalam pelbagai segi. Mereka mengembangkan beberapa bentuk kesenian bercorak keagamaan atau hampir keagamaan. Antara yang dikembangkan mereka dan dipelihara mereka adalah seperti Tiyattu dan Brahmanippattu. Kedua jenis kesenian ini berkembang dalam suasana koil dan koil menjadi tempat perkembangan kegiatan kebudayaan Hindu sepanjang masa. Aku rasa sekarang pun begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan