Kompleks agama Hindu terbina antara pertengahan abad ke-6 M sampai abad ke-8 M. Gua yang terawal sekali (17-29) terbina semasa zaman Kalachuri. Kerja pembinaan bermula di gua ke-28, ke-27 dan ke-19. Kemudian diikuti oleh dua gua yang cantik lagi dalam fasa awal iaitu gua ke-29 dan ke-21.
Bersama dengan dua gua tersebut, kerja pembinaan di gua ke-20 dan ke-26 sudah pun berjalan dan lewat sedikit mulanya daripada gua ke-17, ke-19 dan ke-28. Gua ke-14, ke-15 dan ke-16 dibina semasa wangsa Rastrakuta. Kerja binaan di gua ke-14 dan ke-15 kemudian berakhir di gua ke-16. Semua binaan ini mewakili gaya binaan yang indah sekali rakayasanya. Semua dibina pemahat berkemahiran tinggi. Setengahnya pun sangat rumit sekali dan memerlukan beberapa turunan pula untuk merancang binaan dan susunan yang sempurna. Jika aku mempunyai banyak wang dan kesempatan, sudah pasti aku ke sana semata-mata untuk merasai sendiri kehebatan binaan ini.
Gua Kailasanatha
Gua ini merupakan gua ke-16, dikenali sebagai Kailasa atau Kailasanatha sahaja. Kompleks-kompleks agama ini katanya merupakan antara kompleks agama tercantik sekali. Terdapat rekaan yang dikenali sebagai Gunung Kailasa, tempat berdiam Betara Siwa.
Koil itu nampak seperti bebas berdiri, banyak bahagian, tapi dipahat sebenarnya dari sebiji batu besar sahaja. Ia mencakupi kawasan yang dua kali luasnya daripada Parthenon di Athens, Yunani. Awalnya, koil ini ditampal oleh plaster puteh di merata-rata yang menampakkannya seolah-olah kawasan air batu di Gunung Kailasa.
Semua pahatan diperbuat lebih daripada satu tahap. Dua belahan pintu masuk menyerupai Gopuram gaya India Selatan terbuka lalu mendedahkan laman hadapan berbentuk U. Laman hadapan dihujungi oleh tiga tingkat dirgha paparan kesenian. Dirgha ini dititik oleh panel-panel yang berukir, dan kunja yang mengandungi arca-arca besar mewakili dewata segala. Jambatan gantung daripada batu mengubungkan semua dirgha tersebut ke kawasan tengah koil tetapi semua jambatan ini sudah hancur ranap.
Dalam angana halaman ada tiga binaan. Seperti koil betara Siwa yang lain, pertamanya itu mesti ada murti Sang Nandi besar di depan koil utama. Koil utama, yang dikenali Nandi Mandapam, melindungi Siwalingam. Nandi mandapam didirikan di atas 16 stambha berketinggian 29.3 m. Dasar Nandi Mandapam pula diukir bagi memaparkan seekor gajah hidup yang menanggung bangunan itu di atas belakangnya. Jambatan daripada batu hidup mengubungkan Nandi Mandapam ke Koil Betara Siwa di belakangnya. Koil itu sendiri berbentuk piramid tinggi yang menyerupai bentuk koil kaum Drawidia Selatan India.
Pawitrastananya itu lengkap dengan tiang stambha, tingkap, bilik dalam dan luar, dewan berhimpun dan lingam besar di tengahnya. Diukir daripada batu hidup, dengan lebihan, tingkap-tingkap dan juga diperbuat murti dewata, mithuna (bentuk lelaki dan wanita birahi) dan lain-lain.
Kebanyakan dewata di pintu masuk sebelah kiri mewakili pengikut Betara Siwa atau Saiwa manakala sebelah kanan pula mewakili penganut Sri Wisnu Narayana atau Vaisnava. Ada dua dhwajastambha atau tiang bendera di laman. Arca besar Maharaja Rawana cuba mengangkat gunung Kailasa dengan penuh kekuatannya menjadi mercu tanda kesenian Hindu.
Pembinaan koil ini sebenarnya melebihi akal manusia biasa. Ia melibatkan pemindahan 200,000 tan batu serta mengambil masa 100 tahun untuk disiapkan.
Koil ini merupakan pencapaian gemilang senibina Karnata dari wangsa Rastrakuta. Projek binaan ini dimulakan oleh Seri Kresna I (757-773) dari wangsa Rastrakuta yang memerintah Manyakheta di negeri Karnataka hari ini. Pemerintahan baginda merebak ke selatan India, makanya koil ini ditemui dalam rekabentuk India Selatan. Pembinanya mencontohi binaan koil Wirupaksa di Pattadagal. Binaan jenis India Selatan tiada Sikhara seperti mandel India Utara.
- Rujukan Senibina Benua Hindu, 1996, Takeo Kamiya, Akademi Arkitek Jepun dan Kaji Selidik Carigali Purba India.
Koil ke-15 ini bermula sebagai biara Buddha. Ia mempunyai laman terbuka dengan mandapam eka batu berdiri di tengah dan dua belahan koil di sisi. Susun atur koil ini bertalian rapat dengan gua ke-12 dan ke-11. Panel arca besar antara stambha besar di tingkat atas menggambarkan banyak tema, termasuklah sepuloh jelmaan dewa Wisnu.
Satu batu bersurat pengaruniaan dari Dantidurga juga ditemui di dinding belakang mandapam depan. Menurut Kumaraswami, ukiran terbaik sekali di sini adalah ukiran pemaparan kematian Hiranyakashipu yang memaparkan jelmaan dewa Wisnu dalam rupa Narasinga meletakkan tangan cakarnya di bahu Hiranyakashipu yang timbul dari stambha.
Gua Hindu Lain
Seperti koil Rameswara (gua ke-21) mempunyai penokohan dewi Ganga dan Yamuna di pintu masuk dan Dhumar Lena (gua ke-29) yang rekabentuknya itu sama dengan koil di Pulau Gajah dekat Mumbai. Dua lagi gua ke-14 (Rawana ki Khai) dan ke-25 (Nilakanta) serta ke-27 (Gopilena) tidak mempunyai arca yang hebat-hebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan