Selasa, 30 April 2013

Karpom Karpipom: Adhi

 

Lagu hip hop berbahasa Tamil ini menjadi kegemaran aku. Aku rasa penyanyi ini orang Malaysia dan nampak agak kreatif juga tapi boleh jadi juga beliau dari India kerana aku tak pasti. Sayang tak diberi tempat dalam stesen televisyen jika dibandingkan dengan stesen televisyen swasta tak berbayar seperti saluran lapan yang penuh dengan tayangan berbahasa Cina yang bagi aku nampak tak begitu comel dan seperti dibuat-buat comel.

Pengetahuan purwa mesti mengalir melalui benua Hindu sebelum menyebar ke sebelah Asia Timur. Hal ini sepatutnya menjadikan penganut Hindu-Buddha dan penganut Jina lebih superior daripada orang-orang Oriental dengan sampradayam dan falsafah keagamaan kita yang tersusun. Sepatutnya semua pelajar Hindu dimestikan belajar bahasa Tamil dan bahasa Sanskertam supaya tidak berasa rendah diri. Hal ini sebenarnya mungkin cerminan di Jambudwipam kini. Sungguh mengecewakan....

Lagu ini membicarakan mengenai isu dalam masyarakat kita hari ini. Tak mengira di India, di Malaya, di Jawa, di Sumatera, di Pakistan dan di merata tempat sekalipun. Pendidikan itu merupakan satu alat bagi kita bagi menyelesaikan masalah sosial. Pendidikan mampu mengubah kehidupan. Lirik dan korusnya disusun oleh Susan. Pengetahuan keagamaan dan kerohanian juga sangat penting. Jangan hanya sebab mengejar kebendaan kita meninggalkan tradisi kita, bahasa kita, agama kita dan tidak menghormati roh-roh di dalam alam sekeliling sama ada yang ghaib atau yang berbatang tubuh.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan