Benda yang aku bicarakan ini mungkin menakutkan sesetengah orang. Tapi bagi setengah orang yang lain pula, benda ini bukanlah sesuatu yang menakutkan pun sebaliknya benda itu dianggap sebagai sebahagian daripada jagat raya yang luas ini.
A. Apa itu Hantu?
Jadi, apa ke bendanya hantu ini? Yang kita ketahui, apabila seseorang itu meninggal dunia, tubuh kasarnya tidak berhembus dengan nyawa lagi. Tubuh kasar itu akan mereput selepas beberapa lama kerana jalinan tubuh itu adalah dari bahan-bahan dalam ruangan jagat raya ini. Tubuh halus yang mengandungi minda bawah sedar, kebijaksanaan, diri dan roh itu walau bagaimanapun akan terus wujud dan berlegar-legar ke kshetram lain dalam jagat raya ini. Untuk yang ini sila rujuk rajah berikut:
Apa yang terjadi kepada dua jenis tubuh ini selepas manusia itu mati???
Setengah daripada tubuh halus itu menjadi hantu. Hantu menurut kepada takrifan itu memenuhi semua syarat-syarat yang berikut:
- Bentuknya halus.
- Biasanya hantu ini menjadi kepunyaan kshetram rendah atau bhuwaloka atau salah satu daripada kshetram neraka tetapi mereka boleh juga ditemui di kshetram bumi. Hal ini disebabkan oleh hantu-hantu ini berada di rantau yang lebih halus dalam jagat raya jadi mereka boleh mengembara keluar dari benda berjisim seperti bumi sekiranya mereka mahu.
- Hantu tak wujud dalam lapangan positif di jagat raya atau pon sorga loka dan yang ke atasnya.
- Hantu biasanya adalah roh yang mempunyai keinginan yang tak tercapai seperti merenyam hendakkan hubungan jenis, gilakan benda-benda memabukkan, balas dendam dan perkara-perkara yang hanya dirasai jika bertubuh kasar tapi malang sekali roh-roh ini tak bertubuh kasar.
- Hantu mendapatkan kesenangan dengan mengawal dan menyeksa manusia hidup serta tubuh halus lain. Keinginan hantu biasanya berlawanan dengan dharma dan bersalahan dengan kemasyarakatan.
Baiklah, berkenaan dengan jagat raya ini. Jagat raya ini mengandungi 14 kshetram loka, alam atau lapangan kewujudan. Tujuh daripadanya itu adalah lapangan kewujudan positif sedangkan tujuh bakinya itu adalah lapangan kewujudan yang negatif. Bumi ini satu-satunya lapangan yang berjisim manakala lapangan lain-lain itu adalah lapangan halus pada cirinya. Sorgaloka itu adalah salah satu lapangan positif yang boleh roh seseorang pergi selepas kematian atau sebagainya.
Tubuh halus seseorang selepas kematian tubuh kasarnya itu ditakrifkan sebagai hantu jika ciri-ciri sifat dan niatnya itu bersesuaian dengan syarat yang disebutkan sebelum ini. Tak ada sebarang proses khusus yang dilalui mereka pun untuk berubah menjadi seekor hantu.
Boleh dikatakan peratusan dari tubuh itu agak tinggi juga menjadi hantu
Kalau seseorang itu rohnya menjadi hantu, tubuh halusnya akan menjadi warna hitam atau warna bayang. Sebab ini terjadi adalah disebabkan oleh tubuh halus itu cuba memenuhi kehendak dan niat negatifnya. Selain itu, tubuh halus itu masuk ke bahagian halus yang asas iaitu bahagian tama. Jadi, warnanya menjadi gelap. Bila guna tama memenuhi tubuh halus itu, makanya ia menjadi warna gelap dan menjadi hantu atau tenaga negatif.
B. Perkara yang menentukan tempat kita pergi dan kejadian selepas kematian?
Bila kita sudah mati, sudah tentulah kehidupan selepasnya itu ditentukan oleh beberapa faktor. Antara faktornya itu macam:
- Bilangan dan jenis cetusan pemikiran dalam minda bawah sedar kita bergantung kepada bagaimana cara kita menjalani hidup kita. Cuba rujuk dalam laman sesawang yayasan kajian kerohanian di bawah tajuk impresi dalam pemikiran kita. Perkara ini yang akan menentukan ciri asas dan juga peribadi roh kita.
- Ego kita. Kata ego ini digunakan dalam bentuk kerohanian di sini. Sebagai tambahan, dalam bahasa seharian kita, ego ini merujuk kepada pandangan kita terhadap diri kita atau pun keangkuhan diri kita. Ia juga termasuk dengan sikap duaan dengan Nya. Duaan ini maksudnya, kita pikir bahawa kewujudan kita itu terpisah dengan Nya. Ego ini merupakan satu gunaan dari tahap yang mana kita mengenalpasti diri kita dengan pancaindera, minda dan kebijaksanaan. Kita menolak untuk mengenalpasti diri kita dengan Diri yang itu atau pun Dia yang mempunyai keutamaan dalam diri kita.
- Jenis karma atau perbuatan semasa hayat tubuh kasar.
- Tahap dan jenis amalan kerohanian yang diambil semasa hayat tubuh kasar.
- Takdir kita.
- Jenis kematian sama ada kematian semulajadi yang tenang, ganas, beragan atau pun kemalangan.
- Jenis upacara kematian yang dijalankan.
- Upacara yang dijalankan menurut kepada ilmu kerohanian yang dijalankan oleh anak cucu selepas kematian bagi membantu kenaikan kita selepas mati.
Orang yang nampaknya akan jadi hantu lepas kematian mereka adalah apabila:
- Mereka mempunyai banyak kehendak yang belum dipenuhi.
- Banyak kecacatan peribadi seperti perengus, penakut, ketamakan dan lain-lain.
- Banyak pemikiran negatif.
- Ego yang tinggi.
- Yang menyakiti jiwa lain dan mempunyai sifat asas suka mencederakan jiwa lain.
- Kurang amalan kerohanian yang mengandungi tahap demi tahap penyerahan minda, tubuh dan kebijaksanaan yang dijalankan dengan niat untuk menyedari Nya.
Hanya orang yang mencapai tahap samashti (50 peratus) atau wiyashti (60 peratus) daripada tahap kerohanian serta ego yang rendah saja mampu naik ke alam yang lebih tinggi iaitu sorga loka serta seterusnya. Maka mereka ini tak menjadi hantu.
Tahap kerohanian samashti ini merujuk kepada tahap kerohanian yang dicapai melalui amalan kerohanian untuk kebajikan masyarakat iaitu samashti sadhana. Wiyashti pula adalah tahap kerohanian yang dicapai menerusi amalan kerohanian perseorangan atau wiyashti sadhana. Masa kini, tahap-tahap pencapaian kerohanian untuk kemasyarakatan mempunyai kepentingan sebanyak 70 peratus sementara amalan pengorbanan keseorangan itu hanya 30 peratus saja kepentingannya.
Seluruh kemanusiaan, apabila sudah mati itu akan mendapati bahawa mereka masuk ke alam bawah iaitu bhuwaloka dan petala. Tubuh paling halus yang terendam dalam bhuwaloka sangat tinggi peratusannya untuk jadi hantu. Semua tubuh halus dalam petala neraka itu adalah hantu.
Hakikatnya juga, walaupun seorang itu sangat budiman peribadinya tapi tak berperibadi kental melalui amalan kerohanian, maka dia masih lagi takkan terlepas dari terjelma menjadi hantu lepas menghembuskan nyawa terakhir. Hal ini mungkin terjadi jika rohnya diserang oleh hantu peringkat tinggi dan dikawal mereka. Seperti juga di bumi, dalam alam lain di jagat raya ini, kekuatan atau pun ungkapan yang kuat itu akan terselamat terpakai juga.
Hantu iaitu setan, iblis, tenaga jahat dan sebagainya yang berada di tahap kejahatan tertinggi dengan kekuatan roh jahat mereka itu boleh menjadikan tubuh halus seorang budiman yang rendah kekuatan kerohaniannya sebagai hantu, memaksa mereka secara langsung atau tak langsung menjadi hantu. Bila sudah lama dipaksa-paksa maka tubuh halus yang budiman pun akan mengalah dan menjadi hantu menjadi terbiasa menyeksa tubuh manusia hidup atau memenuhi kehendak duniawi dengan merasuk manusia.
Tuntasnya di sini, kalau kita tidak menjalani amalan kerohanian menurut kepada enam prinsip asas kerohanian dan tak mengurangkan ego kita maka kemungkinan kita menjadi hantu setan selepas keluar dari tubuh kasar adalah besar!
D. Siapa yang tak jadi Hantu?
Biasanya inilah jenis orangnya:
- Yang menjalankan amalan kerohanian untuk mencapai kesedaran tentang Nya dan menjadikan Nya sebagai matlamat terakhir dalam perkembangan kerohanian.
- Kurang terikat dengan kebendaan, perasaan, kebijaksanaan dan sebagainya yang mencetuskan pelbagai kesan karma.
- Kurang ego.
- Melebihi 50 peratus dalam samashti sadhana atau 60 peratus dalam wiyashti sadhana.
Bila orang sebegini melepaskan nyawanya, dia akan bergerak masuk ke alam yang tinggi misalnya sorga loka atau pun yang lebih daripadanya. Hantu lain atau setan tak boleh mempengaruhi tubuh halusnya atau membawa mereka ke pengadilan di petala disebabkan oleh kekuatan kerohaniannya dan perlindungan Nya.
E. Tahap Kerohanian dan Hantu
Sepanjang perbincangan mengeni hantu ini, kita merujuk kepada hantu tahap tinggi sebagai hantu yang tenaga kerohaniannya itu kuat disebabkan oleh amalan kerohanian dan baktinya yang bersangatan. Kesannya, tahap kerohanian mereka itu tinggi dan banyak pula kesaktiannya. Yang ini nanti akan menimbulkan perasaan pelik orang ramai pula. Maka akan keluar pertanya, "Kenapa pula hantu boleh mempunyai tahap kerohanian tinggi?"
Kuasa kerohanian seorang santa (orang alim) adalah pada 70 peratus dan hantu yang tinggi tahapnya seperti hantu ahli sihir dari alam kelima dari petala mungkin setara dengan kuasa santa itu. Tapi ada bedanya juga:
- Santa menjalankan upacara kerohanian dengan niat menyerahkan tubuhnya, mindanya, kemewahannya, ego dan sebagainya kepada Nya supaya menyedari Nya.
- Hantu peringkat tinggi atau orang berkuasa kerohanian tinggi yang lepas nyawa terlepas menjadi hantu pun menjalani upacara kerohanian. Tapi niatnya adalah untuk mencapai kesaktian luarbiasa memegang peranan sebagai Nya jadi dia sudah mengambil tempat Nya selain mempunyai banyak ego mementingkan diri.
Seorang santa itu akan lebih berjati diri dengan keutamaan Nya atau dengan Roh di dalam tubuhnya. Ahli sihir dukun penyantet pula sangat angkuh dengan hakikat bahawa dia berkekuatan kerohanian. Jadi jati dirinya adalah ego dengan pancindera, minda dan kebijaksanaannya yang tak seberapa itu. Jadi, kawan-kawan yang budiman jaga-jaga lah kita bersama. Jangan ego, jangan mementingkan diri. Tak mengira sampradayam, sama ada kita ini Sri Waisnawa, pengikut ajaran Buddha, pengikut Saiwa, pengikut Jina, beragama Sikh dan sebagainya pun kita tidak lah akan lepas daripada lingkungan dan genggaman pusingan jagat raya. Janganlah ego dan angkuh sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan