Khamis, 18 April 2013

Aksara Hindu: Pallawa Grantha

Swara Grantha

Yang ini untuk suara atau pun vokal bagi aksara Pallawa Grantha. Aksara ini merupakan antara aksara kebanggaan kita kerana kita menulis dan membaca dalam aksara ini. Bila kita perguna bagi menulis catitan, setengah penutur bahasa Tamil yang berpendidikan Tamil akan berasa hairan kerana nampak seperti tulisan bahasa Tamil tapi tak boleh dibaca. Memanglah tidak boleh dibaca, kerana ia adalah sejenis tulisan purba yang dipakai pada prasasti atau batu bersurat.


Wiyanchana Grantha

Ini untuk wiyanchana atau pun konsonan bagi menulis bunyian lain.... Rasanya ada ligatur atau aksara tambahan pada bawah aksara yang sedia ada sama seperti aksara Kemboja atau aksara Myanmar... Tapi tak apa belajar kita kena perlahan-lahan.


Ini sumbernya diambil dari sumber wikipedia bahagian bahasa Indonesia. Bagusnya, bahagian bahasa kebangsaan mereka ada rujukan untuk tulisan yang sebenarnya digunakan secara meluas di negara-negara penganut ajaran Buddha dan Brahmana di Asia Tenggara tanah besar di sini. Sesiapa yang mengerti tulisan bahasa Tamil atau tulisan bahasa Thai bolehlah belajar tulisan Hindu purba yang menarik ini. Kalau tak nampak, cuba tekan di atas gambar tersebut ya. Jika rujuk dalam wikipedia pun, boleh : D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan