Bagi penganut Hindu aliran dewa Siwa pastinya ramai yang tahu mengenai perkara ini utamanya yang berasal dari India Selatan. Dalam bahasa Tamil kita sebut benda ini sebagai Thiruniru. Maksudnya itu ada banyak menurut kepada agama Hindu.
Wibuthi ini adalah abu suci yang dihasilkan dari kayu-kayu kering yang dibakar dalam upacara menurut sastera weda. Anak bakti akan membuat sebatian daripada wibuthi dengan mencampurkannya dengan air. Kemudian ia akan disapukan secara melintang tiga garisan di dahi dan bahagian tubuh yang lain menurut kepada cara diajarkan oleh Betara Siwa. Yang dicalitkan tiga garisan itu kita sebut sebagai Tripundram.
Pengertian
Dalam bahasa Sanskerta, bhuthi boleh juga seerti dengan aiswarya. Bahasa Melayunya bererti kemewahan, harta dan bernilai. Dalam Amaragosa, disebutkan bahawa "Wibuthi: Bhuti: Aiswaryam". Jadi wibuthi ini disebut juga sebagai bhuti, aiswaryam, basma dan lain-lain.
Debu Suci
Agama-agama weda menyebut, "Lalata sunyam smashana tuliyam", artinya "Dahi yang kosong itu serupa dengan kubur juga". Disebabkan ini, penganut agama Hindu kebanyakannya memberikan perhatian khusus dengan meletakkan tanda di dahi mereka. Kalau tak pakai sepanjang masa pun mesti dipakai sewaktu menjalankan pemujaan atau upacara lain. Bagi penganut aliran dewa Siwa, mereka akan mendebukan dahi mereka membuat tripundra dan bahagian lain di badan. Mahadewa pun memakai wibuthi setiap masa, dan menjadi contoh pengikut Nya. Jadi, bolehlah dilihat tak kira berapa hebatnya orang itu pun dalam lokamaya ini, dia masih lagi memakai wibuthi dan menyapukan debu pada badannya. Betara Siwa menyapukan diri Nya dengan debu dari pokok kayu terbakar walaupun ketika berada di Kailasa.
Para cendekiawan weda menganggap bahawa orang-orang suci, pencari kebenaran, pertapa yoga semua pun kena pakai wibuthi di dahi serta mendebukan bahagian tubuh yang lain. Buat tiga bentuk garisan melintang atau tripundram dengan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis di bahagian dahi, dada, perut, lengan atas siku itu dan lain-lain.
Pengikut Betara Siwa "wajib" memakai tripundram seluruh tubuhnya setiap masa! Apabila wibuthi disapukan maka diri dibersihkan dan dimurnikan dari papa. Ia juga menolak semua dosa orang yang memandangnya pemakai wibuthi. Guru agung, empu Thirugyana Shambandar banyak memaparkan kesaktian dengan wibuthi dan beliau menunjukkan bahawa wibuthi itu sebahagian daripada tirunetru pathigamnya....
"Mantira mawadhu niru, wanawar miladhu niru. Cundara mawadhu niru. Chamayathtil wulladhu niru. Centhuwar wayumai pangan. Thiru alawayan thirunirai".
Pengertiannya:
Mantra itu debu; Tinggi lagi daripada penduduk kahiyangan itu debu; Kecantikan itu debu; Terpuji itu debu; Tatacara itu debu; Dalam agama itu debu; Begawan Tirualawai (Begawan Cundareswarar di Madurai) yang berkongsi tubuh dengan si bibir merah Begawati Parwati - Duli Suci Nya.
Panchakshara stotram dan juga Padigam di atas umumnya dibacakan anak bakti semasa menyapu debu wibuthi di tubuh mereka. Ketika menjawab cabaran pengikut Jina berkaitan dengan api, empu Thirugana Shambandar menyanyikan gita Thirupakchuram menjelaskan kepada raja tentang karunia lokamaya Seri Betara Guru dan memenangi penganut Jina berkaitan dengan cabaran air. Disebabkan kemenangan ini, empu Thirugiyana Shambandar memenangi cabaran penganut Jina dan mengembalikan semula raja serta rakyat ke dalam agama Hindu aliran Saiwa dengan padigam dan bacaan semasa menyapu wibuthi itu.
Wibuthi di Koil Sri Waitheswaran dan Koil Sri Tiruchendur Murugan terkenal kerana kesaktiannya dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang tidak dapat dirawat perubatan moden. Wibuthi ini adalah debu atau duli suci yang diguna dalam pemujaan Hindu. Antaara bahannya adalah pelbagai jenis kayu. Ia dibakar semasa upacara homam lalu menghasilkan debu puteh. Wibuthi ini dipakai di dahi secalit pun sudah menjadikan seseorang itu suci dari dosa.
Agama menyebut wibuthi jangan dibazirkan dengan menumpahkannya ke lantai atau menempiaskannya ke dinding selepas diterima sebagai lungsuran atau prasadam dari Koil Siwa. Dewi Bumi tak boleh menerima sesetengah berat bahan yang jatuh di atasnya. Yang tak disukai jatuh di atasnya kerana kesuciannya itu adalah wibuthi, daun selasih, dipam atau pelita suci, benang suci dan lain-lain. Bahan ini semua biasanya diletakkan di atas asannam atau singgahsana bagi memberi kehormatan kepadanya. Bukan diletakkan terus atas lantai!
Perlambangan Debu Suci
Ia bertindak sebagai peringatan kepada anak bakti Betara Guru supaya jangan mementingkan diri sendiri dan jangan tertipu dengan kehendak disebabkan oleh ahamkara dan maya. Bila ternampak orang memakai wibuthi, kita sebenarnya boleh mengaitkannya dengan cetera bagaimana Betara Siwa membakar dewa Kama menjadi debu dengan trinetram Nya apabila dewa Kama cuba mengalihkan tumpuan tapa yoga Betara Siwa.
Biasanya juga, wibuthi ini dipakai dengan tilaka merah. Wibuthi dan tilaka merah ini melambangkan Betara Siwa dengan Sakti Nya. Ia mengingatkan tentang bagaimana Betara Siwa dan Sakti Nya membentuk jagat raya serta segalanya melalui kesatuan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan