Selasa, 23 April 2013

Samskara Ratikriyam


Yang ini merujuk kepada amalan Maithuna dalam Tantrayana. Di Barat sana, samskara ini sangatlah diminati oleh setengah mereka dan aku tidak paham langsung kenapa kepala orang Barat begitu banyak airnya? Segalanya hendak dikaitkan dengan hubungan jenis, seksualiti dan segala yang berkaitan dengan alat kelamin atau mengaaaaawan saja!!!

Amalan begini ada dalam Tantrayana tetapi bukannya meluas. Dalam kebanyakan parampara, yang diketahui dengan amalan maithuna itu sebenarnya melibatkan perlambangan jiwa atau kita sebut sebagai simbolisme psikologi.

Terbitannya

Menurut White, samskara hubungan jenis dari wamamarga ini muncul dari amalan Tantrayana Hindu yang awal sebagai salah satu cara amali untuk merintis perubahan biokimia dalam tubuh dalam usaha untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran diri. Ia melibatkan penyemahan penting kepada dewata Tantra.

Samskara ini mungkin juga berkembang dari upacara kenaikan ke dalam puak yang melibatkan perembesan cecair berahi tubuh. Dalam hal ini, kenaikan dengan wanita dijalankan menerusi perembesan cecair tersebut atau dengan direnjis darah teman lelakinya, kadang-kadang bercampur dengan air mani guru. Tantrika makanya akan menjadi kalaputram menerusi anugeraha teman wanitanya atau bininya itu. Kuladrawiya atau cecair puak atau kulamrita akan dikandung sebagai pengaliran semulajadi dalam rahim wanita itu.

Matlamat Agama

Dalam perkembangan terkemudian, samskara ini menekankan kepada keutamaan kepada kesukaan dalam penyatuan diwiyam, yang menggantikan konotasi tubuh dalam bentuk awalnya yang kasar.

Apabila digubal sebagai yang disuruh oleh Tantrayana, upacara kemuncak dalam bentuk pengalaman halus kesedaran tak terbatas pun dirasai oleh kedua-dua peserta upacara. Teks Tantrayana mengkhususkan bahawa hubungan jenis itu ada tiga tujuan yang terpisah-pisah dan berbeda iaitu untuk cetusan, kesukaan dan kebebasan. Barangsiapa yang inginkan kebebasan menjauhi daripada geseran berahi untuk kesukaan bentuk yang lebih tinggi. Setengah upacara itu disarankan untuk diamalkan. Ia melibatkan persediaan yang panjang dan rumit serta upacara pemurnian pula. Hubungan jenis menyeimbangkan tenaga dalam saluran pranika ida dan saluran pinggala nadi dalam tubuh halus kedua peserta amalan Tantra.

Sushumna nadi dibangunkan dan Kundalini mencanak dalamnya. Ini akhirnya berkemuncak dalam semadi, yang dalamnya itu ketokohan dan jati diri kedua peserta mula mencair dalam kesatuan kesedaran jagat. Tantrika memahami tindakan ini semua dalam tahap pemahaman pelbagai pula. Peserta lelaki dan wanita akan bersenggama pada tubuh mewakili Betara Siwa dan Sakti. Di sebalik tubuh kasar itu, ada gabungan halus tenaga Siwa-Sakti ebrlaku, menyebabkan satu ksetram tenaga bersatu terhasil. Pada tahap orang perseorangan, tiap-tiap peserta itu merasai gabungan tenaga Siwa-Sakti dalam dirinya sendiri. 

Yang ini harus hati-hati utamanya sekarang pun masih ada pawang, dukun atau bomoh yang menggunakan amalan begini bagi menipu terutamanya kaum wanita dalam upacara yang dikatakan sebagai upacara pengubatan. Amalan ini ada dua bahagian iaitu sayap kanan dan sayap kiri jadi korang harus peka sedikit dengan perkembangan agama supaya jangan membuta tuli mempercayai orang yang bukan-bukan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan