Selasa, 23 April 2013

Tantra Wamamarga


Ada amalan rahasia mungkin melibatkan sebarang atau semua sekali unsur dalam upacara biasa, sama ada yang dipecahkan atau terus, bersama dengan kesedaran terhadap samskara dan temanya seperti kenduri (mewakili makanan atau rezeki), ratikriya (mewakili hubungan kejantinaan dan cetusan), tapak pembakaran mayat (mewakili kematian dan perubahan alam), pereputan, kencing, dan muntah (mewakili sampah kotoran, pembaharuan, serta kesuburan). Keterlibatan deria rasa ini yang menggesa Zimmer memuji sikap mengesahkan hakikat dunia oleh pengamal Tantra...
Dalam Tantrayana, cara pendekatannya bukannya dengan tidak tetapi dengan iya... sikap dunianya itu selaras dengan sekeliling... Seseorang itu mesti mendekati sesuatu menerusi fitrahnya, bukannya dengan menolak fitrahnya. 
Arthur Avalon menyatakan bahawa Panchatattwa Chakrapuja dan Panchamakara melibatkan....
Pemujaan dengan Panchatattwa umumnya berlaku dalam satu cakra atau putran yang terbentuk daripada lelaki dan wanita... duduk dalam satu cakra, sang Sakti atau pengamal wanita berada di sisi kiri sang Sadhaka atau pengamal lelaki. Maka yang ini dipanggil sebagai Chakrapuja.... Ada banyak jenis pengeluaran chakra, yang dikatakan, dari buah yang berbeza tercetus daripada mereka yang terlibat dalamnya.
Avalon turut menyertakan beberapa rentetan kepelbagaian dan pecahan kepada unsur Panchatattwa atau unsur yang terakam dalam pelbagai aliran Tantrayana serta mengiyakan bahawa ada hubungan terus antara lima amrita Tantra dan Mahabhutam.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan