Tata amalan Tantrayana ini sebenarnya pelbagai bukan sejenisnya sahaja. Kerana terdapat banyak jenis masyarakat yang dicakupi oleh sabdawali Tantra ini maka untuk menggambarkan tentang Tantrayana dan amalannya itu agak mencabar dan sukar juga.
Matlamat Tantrayana
Upacara Tantrayana ini bertujuan untk mencari keluarbiasaan menerusi yang biasa, mengenalpasti jagat kecil menerusi jagat raya. Matlamat Tantrayana ini untuk menghaluskan berbanding untuk menafikan hakikat berkaitan. Pengamal Tantra itu cuba menggunakan prana atau tenaga yang berhembus menerusi jagat raya (termasuk juga menerusi tubuh seseorang) bagi mencapai matlamat kerohanian, kebendaan dan kedua-duanya. Prana ini macam chi dalam chigong orang Cina itu.
Tantrayana
Latehan panjang umumnya diperlukan bagi menguasai kaedah Tantra, anak siksa itu akan diangkat menjadi pengamal Tantra selepas guru berpuas hati.
Ada pelbagai kaedah bagi membantu tapa seseorang itu dan untuk mencapai kuasa kerohanian dan kesaktian misalnya:
- Yoga termasuklah amalan pernafasan dan asana yang digunapakai bagi mengelakkan tubuh ditakluki oleh hawa nafsu.
- Mudra
- Mantra atau suku kata dan kata suci
- Mandala
- Yantra yang merupakan lambang kuasa yang menjalankan jagat ini
- Jatidiri dengan dewata
1. Pemurnian
2. Pengangkatan
3. Penegasan semula jatidiri atas ksetram kesedaran murni.
Avalon pernah menyediakan satu dikotomi bagi upacara biasa dan upacara rahasia. Kaedah yang digunapakai oleh Daksinacara dan penafsiran Tantra mereka pula sangat berbeda dengan penafsiran yang digunapakai Wamacara.
Mantra, Yantra dan Nyasa
Secara bahasanya, tiga kata ini mantram, tantram dan yantram saling berkaitan dalam tradisi Hindu purwa, begitu juga dengan sebutannya semua. Mantram ini berkaitan dengan bacaan atau pengetahuan. Tantram pula melibatkan darsana atau tindakan upacara. Yantram pula bererti cara yang manusia jangka untuk jalani kehidupannya.
Mantram dan yantram merupakan alatan menyeru dewata Hindu tertentu seperti Betara Guru, Sakti atau Kali Amman. Begitu juga puja melibatkan penumpuan kepada yantram atau mandalam yang berkaitan dengan dewata tertentu. setiap mantram itu dikaitkan dengan nyasa tertentu. Nyasa melibatkan sentuhan di pelbagai bahagian tubuh dengan beberapa pecahan mantram.
Keadaan ini disebut sebagai menyeru kehadiran dewara menerusi mantram masuk ke tubuh. Ada pelbagai jenis nyasa dan utamanya seperti Kara Nyasa dan Anga Nyasa.
Pengenalan Jati dengan Dewata
Tantrayana sebagai satu perkembangan awal pemikiran Hindu berdasarkan agama weda awal, menerima dewata Hindu utamanya Betara Guru dan Sakti bersama dengan darsana Adwaita yang tiap satunya itu mewakili satu bentuk kepada Para Bramman atau Adi Parasakti.
Dewaata mungkin dipuja dan diseru dengan bungaan, colok dan lain-lain semahan, termasuklah menerusi nyanyian gita dan tarian. Upacara Tantrayana ini membentuk asas kepada upacara koil iaitu upacara tarian dan tradisi dewadasi yang dipelihara dalam gaya Melattur dari Bharata Nattyam oleh empu Mangudi Torairaja Iyer di India Selatan.
Gambaran
Dewata ini secara dalamannya terlibat sebagai ciri-ciri kepada tapa Ista Dewata. Pengamalnya sama ada membayangkan diri mereka menjadi dewata itu atau pun mengalami darsana memandang dewata sendiri. Ketika tapa, kenaikan akan dikenalpasti menerusi salah satu daripada dewata Hindu, kemudian membayangkan dewata dan dewata menyerap ke tubuh. Proses yang ini diumpakan seperti hubungan jenis. Pengamal Tantrika boleh menggambarkan dewata, mengenalpasti diri mereka dengan dewata itu supaya dewata itu boleh menjadi Ista Dewata atau dewata yang membawanya ke dalam pertapaan.
Tiga Kelompok Anak Bakti
Dalam amalan Tantrayana, apabila dewata dan anak bakti bersama, keduanya akan menggunakan amalan tapa dan upacara. Amalan ini terbahagi kepada tiga kelompok anak bakti iaitu binatang, keadiwiraan dan diwiya. Bagi anak bakti diwiya, upacara dijalankan secara dalaman. Anak bakti ini merupakan satu-satunya yang boleh mencapai bahan upacara, yang diarahkan untuk membangkitkan tenaga Kundalini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan