Selasa, 23 April 2013

Itihasa Tantrayana


Samaya Keemasan Hindu

Tantrayana berasal dari awal abad pertama masehi dan berkembang menjadi tradisi berulasan menjelang pemerintahan wangsa Gupta. Dalam 320-650 M, agama Hindu berkembang dan berada pada era keemasan. Ia berkembang ketika samaya Gupta mandala dalam 320-550 M sehingga jatuhnya mandalah wangsa Harsha sekitar 606-647 M. 

Ketika abad ini, kuasa pemerintahan dipusatkan bersama dengan pertumbuhan perdagangan jauh, penyelarasan perundangan dan tersebarnya kadar celik huruf yang tinggi. Ajaran Buddha aliran Mahayana berkembang pesat. Dalam pada itu, kebudayaan Brahmana Ortodoks mula subur semula dengan perlindungan wangsa Gupta. Kedudukan kaum Brahmana diperkukuh dan koil Hindu awalan mula dibina menjelang pengujung pemerintahan wangsa Gupta. 

Samaya Klasik Hindu Lewat

Selepas jatuhnya wangsa Gupta dan mandala wangsa Harsha terpecah, kuasa pemerintahan pusat pun mula berpecah. Setengah kerajaan besar bergabung dengan negeri-negeri kecil yang menyembah ke negara besar tak terkira banyaknya. Kerajaan diperintah melalui sistem beraja dan feudal. Kerajaan kecil bergantung kepada perlindungan kerajaan besar. Maharaja dipuja dan disembah menerusi pemujaan dewaraja sebagai tergambar dalam Mandala Tantra yang menggambarkan maharaja sebagai pusat kepada mandala. 

Negeri-negeri kecil mula berpecah dan memberontak membebaskan diri mereka daripada kuasa kerajaan pusat. Keadaan ini membawa kepada pewilayahan amalan keagamaan dan berlakunya persaingan dalam aliran agama. Pertubuhan agama tempatan dan bahasa tempatan digilap dan pengaruh upacara keagamaan Brahmana membentuk agama bagi orang Hindu dibanteras. Pergerakan kebaktian di kawasan hulu muncul, bersama dengan aliran Saiwa, Waisnawa, Bakti dan Tantrayana walaupun kelompok pecahan agama itu baru lagi muncul sebagai pecahan dan perkembangannya. Pergerakan agama pun bersaing sesama sendiri bagi mendapat pengiktirafan datu tempatan. Ajaran Buddha pula jatuh daripada kedudukannya dan hilang langsung dari bumi India.

Dalam abad yang sama, berlaku perubahan dalam ajaran Wedanta. Pemikiran Buddha mula dijalinkan dengan ajaran Wedanta. Ia menekankan kepada kesedaran dan pergerakan minda manusia dan makhluk dalam alam semesta. Ajaran Buddha yang disokong oleh tamadun bandar Hindu purwa hilang pengaruhnya ditapik oleh agama-agama tradisi yang kebanyakannya berakar umbi di kawasan desa dan kampung. Di negeri Bengal, ajaran Buddha turut dihalang perkembangannya sama keadaannya seperti di empayar kemaharajaan China dan lain-lain tempat. Namun dalam masa yang sama, ajaran Buddha dijalinkan dengan agama Hindu apabila empu Gaudapada menggunakan darsana Buddha untuk mentafsirkan semula Upanishad segala.

Keadaan ini menandakan berlakunya anjakan dari Atman dan Brahman seperti juga satu "bahan kehidupan" itu dikenali sebagai mayawada yang mana Atman dan Brahman itu dilihat sebagai kesedaran murni pengetahuan. Menurut kepada Scheepers, pandangan mayawada inilah yang kemudian menguasai pemikiran darsana Hindu masa kini. 

Penyebaran Tantrayana

Gerakan Tantrayana membawa kepada pembentukan aliran-aliran cawangan dalam agama Hindu dan ajaran Buddha bukan sahaja di benua India tetapi juga di benua India Dalam di Nusantara, di Indochina, di benua China dan di kepulauan Jepun. Tantrayana mempengaruhi agama Hindu, agama Sikh, agama Jina, agama Bon dan tradisi kaum Jina. Ia merebak menerusi ajaran Buddha ke Asia Timur dan juga ke Asia Tenggara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan