Selasa, 23 April 2013

Tantrayana dan Pengertiannya

Swasti Srih!


Aku mengucapkan selamat sejahtera kepada seluruh rakan alam maya beragama Hindu dan Buddha sekelian. Diharapkan sekelian sihat suka bahagia hendaknya. Masukan aku kali ini ingin berbicara mengenai Tantrayana atau Jalan Tantra. Ramai yang berpendapat bahawa orang tantri ini berkait dengan segala santet perdukunan santau menyantau kerjanya atau pun berhubungan jenis. Memanglah ada tapi bukan semuanya berperangai setan sebegitu atau berkelakuan pelik begitu...

Pengenalan

Pada pemahaman aku yang berada di celah kelompok penganut ajaran Buddha aliran Theravada, Tantrayana ini merujuk kepada amalan animisme dalam kalangan penganut Buddha dan Brahmana. Jadi, apabila dirujuk perkara ini di Asia Tenggara pula akan disebutlah mengenai percampuran kepercayaan setempat. Di dataran Suwarnabhumi ini, kita sedia maklum bahawa kawasan kita ini sudah lama berhubungan dengan Bharata atau India purwa itu disebabkan ramai Brahmakesatria Hindu pun bertapak di sini dan menikahi penduduk asli. Penduduk asli yang dikatakan itu pun sebenarnya asas mereka adalah dari Hindu purwa juga. Ini terdapat dalam kimwadanti purwa di Kemboja sendiri mengenai nagawangsa yang mendiami kawasan delta sungai Mekong atau Ma Gangga di Indochina. Makanya, kawasan kita ini walaupun bukan dalam republik India tetapi dipanggil sebagai Hindia Dalam!

Tantrayana merupakan nama yang diberikan cendekiawan untuk merujuk kepada amalan keagamaan dan tapa wratam yang muncul dan berkembang di benua India purwa tak lewat dari abad kelima masehi. Penggunaan kata Tantra yang didokumenkan awalannya ditemui dalam sastera Brahmana sendiri iaitu dalam Rigweda (10.71.9). Tantra ini mempengaruhi tradisi-tradisi kehinduan, ajaran Buddha, agama Sikh, agama Bon di Tibet, tradisi Jinagama dan juga terlibat juga dalam penyebaran ajaran Buddha di Asia Timur dan Asia Tenggara misalnya di Kemboja, Siam, Jawa dan Sumatera.

Wiyakhiyam Tantrayana

Wiyakhiyam atau takrifan mengenai Tantrayana ini pada umumnya dibahagikan kepada tiga, dan kesemuanya pun tidaklah selalunya malar sahaja sesama sendiri....

1. Wiyakhiyam Paramparika

Tantrayana berdasarkan parampara atau tradisi itu mempunyai dua pengertian iaitu nama tantra itu sendiri dan kenapa ia dikenali sebegitu. Mulanya ia datang dari Kamikatantra:
Oleh kerana ia melengkapi (tan) perkara-perkara yang vestartam dan pratipadana, utamanya melibatkan unsur-unsur utama kepada tattwa atau hakikat dan mantra suci, dan kerana ia menyediakan seseorang itu kepada kebebasan (tra) maka itulah dia dipanggil tantra.

Pengertian keduanya itu datang dari cendekiawan tantra abad ke-10 M dikenali sebagai empu Ramakantha, yang merupakan salah seorang pengamal aliran Saiwa Siddhanta:
Seorang tantra itu menerima wangsit tubuh kepada ajaran, menerangkannya apabila perlu dan menyatakan apakah halangan dalam amalan pemujaan kepada Nya; serta menerangkan mengenai kenaikan yang khusus serta upacara pemurnian yang perlu sebagai prasyarat kepada amalan tantri.
 Prabhat Ranjan Sarkar menerangkan bahawa seorang Tantra dan Tantrayana itu adalah....
Seorang yang tak mengira jatiniyamnya, agama dan kepercayaan, bercita-cita untuk mengembangkan kerohanian dirinya atau pun menjalankan sesuatu yang konkrit, maka itulah seorang Tantra. Tantra itu bukannya sejenis agama yang tersusun atau pun jenis wicaradhara (ideologi). Tantra itu adalah asas utama kepada sains kerohanian. Jadi, di mana sahaja ada amalan kerohanian maka janganlah dipandang enteng kerana ia melambangkan Tantrayana.
2. Wiyakhiyam Cendekiawan Barat

Cendekiawan Barat yang dikatakan sebagai moden sangat itu juga menyediakan pengertian untuk Tantrayana yang berada dalam tradisi-tradisi kita di sini. Contohnya, David Gordon White dari Universiti California menyatakan bahawa:
Tantrayana itu adalah tubuh kepercayaan dan amalan masyarakat Asia, yang bergerak dengan pandangan bahawa jagat raya yang dialami oleh manusia itu tak lain dan tak bukan sebagai jelmaan legap kepada kuasa kedewataan dari Tuhan yang mencetuskan dan memelihara jagat raya, yang mencari jalan yang sesuai untuk menyalurkan tenaga, dalam jagat suksma manusia, dalam cara-cara pencetusan dan pembebasan. 

Anthony Tribe yang merupakan pengkaji ajaran Buddha Tantrayana pula memberikan beberapa ciri yang menjelaskan mengenai Tantrayana....

1. Keutamaan upacara misalnya penjanaan dan pemujaan dewata
2. Keutamaan mantra
3. Manasika darsana dan jati diri dengan dewata
4. Keperluan untuk kenaikan, jalan rahasia dan pengamalan secara senyap
5. Kepentingan guru dan acharya
6. Upacara dengan mandala
7. Sentiasa berubah-ubah tempat dan tak kekal di suatu tempat
8. Memerhatikan tindakbalas tubuh
9. Memerhatikan kedudukan dan peranan wanita
10. Pemikiran perbandingan termasuklah mengenai perkaitan jagat kecil dan jagat besar
11. Memerhatikan mengenai keadaan mental yang negatif dan menilainya

Jadi dua wiyakhiyam ini adalah dari orang Barat yang mengkaji tradisi kita. Bagaimana pula kita yang memaang berada dalam tradisi-tradisi ini dan mengamalkannya setiap hari? Tak terasa perlukah untuk dikaji semula supaya kita mengetahui segala gerak laku nenek moyang yang diwarisi oleh kita?

3. Tantrayana Binaan Kesarjanaan Barat

Robert Brown mencatatkan bahawa Tantrisme ini merupakan sebentuk sabdawali yang dibangunkan kesarjanaan Barat, ia bukan sejenis sangkalpana yang datang dari tatakepercayaan itu sendiri. Tantrika atau pengamal Tantra itu tak pernah pun cuba untuk memeningkan kepala mereka sendiri untuk mencakup Tantrayana ini seperti cendekiawan Barat cuba lakukan. 
  • Saiwa Tantrayana yang dikenali pengamalnya sebagai Mantramarga.
  • Buddha Tantrayana yang mempunyai nama tempatan lain seperti Wajrayana.
  • Waisnawa Tantrayana yang dikenali juga sebagai Pancaratram.
Umumnya, sabdawali Tantra ini digunakan untuk merujuk segala jenis ajaran dan amalan yang ditemui dalam agama atau tantra. Kedua-dua perkataan ini sama saja artinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan